Faculty of Arabic Language

MU’TAMAR BAHASA ARAB KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (MuBaAraK 1445)

Pada 26 Februari 2024, yang bersamaan dengan 16 Sya’ban 1445H, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan bekerjasama dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan Persatuan Bahasa Arab (Brunei), telah mengadakan Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 1445 sempena sambutan Bulan Sya’ban: Bulan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.

Acara tersebut diadakan di Dewan Tarbiyah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abdul Salam, Ahli Majlis Perundangan (LegCo). Manakala wakil dari UNISSA termasuklah Yang Mulia Dr. Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa, dan Perkhidmatan) yang mewakili Rektor UNISSA, serta Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah dan Yang Mulia Dr. Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim, selaku Tim Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA.

Mu’tamar ini turut dimeriahkan dengan Forum bertemakan “Mengukir di atas Batu”, yang melibatkan panel forum terdiri daripada pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan serta pelajar Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Wakil panel dari UNISSA terdiri daripada pelajar tahun 4 iaitu Dyg Nurhazimah binti Abdullah Luas dan Abdul Shafiq bin Roszani.

Selain itu, majlis ini turut memeriahkan acara penganugerahan Jasawan Bahasa Arab kepada Yang Berhormat Allahyarham Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Abdul Rahman. Penghargaan ini diberikan sebagai penghormatan atas sumbangan Allahyarham dalam memperkembangkan pengajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah agama sebagai mata pelajaran wajib.

Seminar ini diakhiri dengan perbincangan tertutup yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr Abang Hadzmin bin Abang Taha, Pemangku Timbalan Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan beserta dengan perwakilan setiap institusi pendidikan dan Jabatan Kerajaan serta perwakilan dari Sekolah-Sekolah Umum.

 

  

  

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.