Faculty of Arabic Language

PERTANDINGAN DEBAT DI DALAM BAHASA ARAB ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB  UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

 

Bandar Seri Begawan- 27 Rabiulakhir 1445H bersamaan dengan 11 November 2023M, hari Sabtu, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan ‘Pertandingan Debat Bahasa Arab’. Empat pasukan dari pelbagai fakulti aliran Arab di UNISSA bersaing dalam pertandingan debat separuh akhir, dan dua pasukan telah melayakkan diri untuk mara ke peringkat akhir iaitu dari Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.

Pasukan Fakulti Bahasa Arab, yang dikenali sebagai Pasukan Ali bin Abi Talib muncul sebagai johan pertandingan tersebut. Naib Johan disandang oleh Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Pasukan Umar bin Al-Khattab. Manakala tempat ketiga diraih oleh Pasukan Uthman bin Affan dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Dyg Nur Nawwarah Binti Ewardy Irwan dari Pasukan Ali Bin Abi Talib telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik.

Hadiah disampaikan oleh YM Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, juga sebagai tetamu kehormat. Turut hadir dalam acara ini adalah YM Ustaz Muhammed Sahrin bin Haji Masri, Pemangku Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, bersama-sama dengan para pensyarah dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

Pertandingan ini membuktikan komitmen UNISSA dalam memajukan kemahiran berbahasa Arab dan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berdebat.

Johan Pertandingan Debat, Pasukan Ali bin Abi Talib, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA

Naib Johan Pertandingan Debat di dalam Bahasa Arab, Pasukan Umar bin Al-Khattab,

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Islam, UNISSA.

Tempat ketiga, Pasukan Uthman bin Affan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, UNISSA

Saguhati, Pasukan Abu Bakar Al-Siddiq, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA

Pendebat Terbaik, Nur Nawwarah Binti Ewardy Irwan, pasukan Ali bin Abi Talib, Fakulti Bahasa Arab, UNISSA.

Sesi Bergambar Ramai

 Pertandingan Debat di dalam Bahasa Arab anjuran Fakulti Bahasa Arab Universiti Islam Sultan Sharif Ali

 

https://drive.google.com/drive/folders/1i70C_0gJ-BfFSaU1LY0mDLhY1yV8TVxf

 

https://drive.google.com/drive/folders/1-0Et8d9jVvuelhRINmaxTuTkFHyl3MP1

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.