BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB
-Majlis Pembubaran dan Pelantikan Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab 24/25 & 25/26
Bandar Seri Begawan, Khamis, 28hb Ogos 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan “Majlis Pembubaran dan Pelantikan Badan Pelajar 24/25 & 25/26” yang diadakan di surau as-Syafi’i UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dr Hjh Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab. Turut hadir ialah para tenaga akademik dan pentadbiran FBA. Juga turut hadir Pelajar Fakulti Bahasa Arab tahun 1 hingga tahun 4, pertukaran pelajar dari Universiti Darussalam Gontor, Indonesia (UNIDA) serta pelajar latihan industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Malaysia.
Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada badan pelajar sesi 24/25 serta surat lantikan bagi badan pelajar baharu sesi 25/26.
Majlis ini menandakan secara rasmi tamatnya kepimpinan badan pelajar sesi 24/25 serta memberi penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Pada masa yang sama, majlis ini turut menjadi medan pelantikan badan pelajar baharu sesi 25/26 secara rasmi agar mereka dapat meneruskan amanah serta menggalas tanggungjawab sebagai badan pelajar fakulti.
Selain dari itu, majlis ini juga diadakan untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar dan para pensyarah sebagai tanda sokongan dan kerjasama. Majlis ini juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG ketiga – Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, SDG keempat – Kualiti Pendidikan, keenam belas – Keamanan dan Keadilan dan SDG ketujuh belas – Perkongsian untuk Matlamat.

PEMBUBARAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB 2022/2023 dan LANTIKAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB 2023/2024
Hari Sabtu, 16 September 2023,
bertempat di Jubilee, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Jam 12 tengah hari.




————–
MAJLIS PEMBUBARAN & PERLANTIKAN BARU BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB SESI PENGAJIAN 2022/2023
Pada 10 September 2022, Hari Sabtu bertempat di LI.02, Fakulti Bahasa Arab mengadakan Majlis Penghargaan kepada Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab sesi pengajian 2021/2022 di atas lantikan mereka serta diteruskan dalam acara berkenaan dengan perlantikan Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab sesi pengajian 2022/2023.






————–
MAJLIS PENGHARGAAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARB SESI PENGAJIAN 2020/2021 DAN PERLANTIKAN AHLI BARU BAGI SESI PENGAJIAN 2021/2022
| Tarikh | 11 September 2021 |
| Tempat | Secara atas talian |
| Sasaran | Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab (BPFBA) |
| Objektif | Untuk menonjolkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar dalam mengendalikan sesuatu acara atau majlis; menggerakkan fungsi BPFBA sebagai badan yang turut membantu UNISSA secara amnya dan FBA khususnya; dan memberikan peluang kepada pelajar untuk memikul amanah dan tanggungjawab dalam memegang sesuatu jawatan. |
