Faculty of Arabic Language

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH MAHRAJAN BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN HARI BAHASA ARAB SEDUNIA 2022  ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB, UNISSA

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong: 06 Mac 2023M bersamaan 13 Syaaban 1444H –Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerusi Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan Mahrajan Bahasa Arab sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2022 mulai 19 Disember 2023 hingga 06 Mac 2023M. Pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan Bahasa Arab yang diadakan di Auditorium UNISS tersebut, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah,. Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan bahasa Arab dalam ucapan beliau mengatakan bahawa Hari Bahasa Arab Sedunia diraikan pada setiap 18 Disember bermula daripada tahun 2012, kerana pada tarikh 18 Disember 1973.

Bahasa Arab telah berdaftar dan menjadi bahasa antarabangsa oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Beliau juga menyatakan bahawa sebagai sebuah negara zikir, dan sebuah negara yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja, maka sudah setentunya Islam merupakan perkara yang amat dititikberatkan di negara ini, Melayu Islam Beraja dijadikan asas dan sumber rujukan dalam mencapai matlamat negara. Islam merupakan sebuah agama yang berpegang teguh dengan kitab suci yang pertama, Al-Quran.

Negara Zikir pula adalah imej sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran-ajaran Ugama Islam dan menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dan amalan dalam seluruh aspek kehidupan agar nikmat, kerahmatan dan keberkatan akan sentiasa mengiringi dan melindungi negara. Dalam ucapan beliau lagi, beliau mengatakan bahawa Mahrajan Bahasa Arab 2022 telah membuka tirainya dengan Seminar Antarabangsa anjuran bersama Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam, yang telah diadakan pada 19 Disember 2022  dengan tema “مساهمة اللغة العربية في الحضارة والثقافة الإنسانية” “Sumbangan Bahasa Arab ke arah ketamduanan dan kebudayaan Manusia”, yang kemudiannya diikuti oleh pelbagai pertandingan mengikut peringkat masing-masing. Bagi peringkat universiti, 2 buah pertandingan telah dipertandingkan iaitu pertandingan Pidato(Khitabah) yang telah dilaksanakan secara hybrid pada hari Sabtu,  21 Januari 2023 dan pertandingan video kreatif (al-Fidio Al-Ibdaie) dengan penyertaan secara online yang telah ditutup penyertaannya pada 28 Februari yang lepas. Kemudian bagi peringkat menengah atas dan Pra Universiti, pertandingan meringkaskan cerita (Talkhis Qisah) telah dilaksanakan pada sebelah pagi 8 Februari 2022Bagi peringkat menengah bawah dan rendah pula Pertandingan Bicara Berirama (Al-Kalam Al-Jamaie) telah dikendalikan pada sebalah petang tarikh yang sama. Bagi pertandingan yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar yang bukan dari aliran Arab pula, pertandingan mengeja (Imla) telah dibuat pada 11 Februari 2023.

Tetamu Kehormat pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah, Mahrajan Bahasa Arab Sempena Hari Bahasa Arab Sedunia di Negara Brunei Darussalam ialah Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna. Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah kemudian bacaan Al-Quran yang dipersembahkan oleh Nur Amal Atiqah @ Aida binti haji Sudirman, Mahasiswi Fakutli Bahasa Arab, UNISSA yang merupakan Johan kepada Musabaqah Tilawah Quran Institut Pengajian Tinggi, Piala Canselor 2022M. Setelah pengumuman keputusan, Johan bagi beberapa pertandingan telah membuat pesembahan sebelum menerima hadiah daripada Tetamu Kehormat Majlis. Majlis pada hari tersebut telah dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah Arab, sekolah-sekolah Ugama, pelajar-pelajar bukan dari sekolah Arab, dan individu perseorangan. Majlis jua disiarkan secara langsung melalui “facebook” UNISSA.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.