Faculty of Arabic Language

FORUM, MUHADARAH & BENGKEL BERSAMA INSTITUSI/UNIVERSITI LUAR NEGARA 

BENGKEL PENGAJARAN BAHASA ARAB FAKULTI BAHASA ARAB UNISSA DAN KING SALMAN GLOBAL ACADEMY FOR ARABIC LANGUAGE, RIYADH, ARAB SAUDI

Bandar Seri Begawan, 24 Jun –Fakulti Bahasa Arab (FBA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Bengkel Pengajaran Bahasa Arab untuk tenaga Pengajar Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua dengan kerjasama King Salman Global Academy For Arabic Language. Majlis perasmian telah diadakan di Kampus Gadong UNISSA. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan FBA yang antara lain menyebutkan bahawa bengkel ini merupakan suatu peluang yang besar bagi usaha memajukan lagi pengajaran Bahasa Arab di negara ini dan mengucapkan penghargaan kepada delegasi King Salman Global Academy For Arabic Language kerana berkesudian memilih UNISSA sebagai tuan rumah bagi bengkel ini diadakan. Bengkel seterusnya dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis.

Antara objektif utama kerjasama bengkel ini diadakan adalah untuk mempelajari kaedah pengajaran Bahasa Arab yang terbaik dari penuturnya dengan harapan agar sedikit sebanyak dapat membantu mengangkat lagi kedudukan Bahasa Arab di negara ini bagi sama-sama mencapai salah satu matlamat utama Wawasan 2035 iaitu “mempunyai rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi”.

Bengkel diadakan selama 4 hari bermula Isnin 24 Jun 2024 sehingga Khamis 27 Jun 2024 yang dihadiri oleh tenaga-tenaga akademik dari UNISSA, KUPU SB, guru-guru sekolah di bawah JPI, KHEU dan JSS, Kementerian Pendidikan.

—————-

 

FORUM AKADEMIK DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ILMIAH SEMPENA LAWATAN ILMIAH FAKULTAS ADAB DAN ILMU BUDAYA UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SUNAN KALIJAGA, YOGYAKARTA, INDONESIABaha

HARI: KHAMIS 

TARIKH: 27 JUN 2024

JAM: 8.30 PAGI-12 TENGAH HARI

TEMPAT: M1.13

Prof Jarot Wahyudi: The Moslem Scholars Debate on I’jaz Al-Qur’an

Dr Tatik Maryatul Tasnimah: Transformasi Legenda Don Juan dalam Novel Arab “Doan Juan Abad 21” Karya Hala al-Halabi

Soleh Aljufri:  صياغة اللغة العربية عند الحضارم المولدين بإدونيسيا (دراسة ميدانية تجاه ثقافة الزفاف الحضرمية في باسار كيليوون أنموذجا)

Dr Aning Ayu Kusumawati S. Ag., M.Si: Drama sebagai Sarana Pembelajaran Bahasa Arab 

Dr Uki Sukiman: Arabic Neologisms in Indonesia and Malaysian Arabic Media

 

 

ANUGERAH PEGHARGAAN KEPADA PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB 

1.MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT DAN HADIAH BUKU KEPADA PELAJAR FAKULTI BAHASA RAB 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 Ogos. – Dalam meraikan lagi kecemerlangan para graduan khususnya bersempena Hafl Al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Ke-12 mengadakan Majlis Penyampaian Pingat dan Hadiah Buku (MPPHB), hari ini, yang berlangsung di Dewan Serambi Suloh, Tarindak D’Seni, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan juga menyempurnakan penyampaian pingat dan hadiah buku, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh yang juga merupakan Pengerusi Majlis UNISSA.

Sebanyak 5 pelajar dari Fakulti Bahasa Arab menerima hadiah buku pada acara tersebut. Tahniah dan Syabas….!!

——————-

2. MAJLIS PENYAMPAIAN PINGAT DAN BUKU SEMPENA HAFL AL-TAKHARRUJ KE-11, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI, 2022

Hari Khamis, 21 Sya’ban 1443H/ 24 Mac 2022

Alhamdulillah, majlis penuh penghargaan ini diraikan bagi menyanjung kecemerlangan para pelajar Fakulti Bahasa Arab. Penganugerahan pingat dan hadiah buku ini menjadi simbol usaha gigih, ketekunan, serta komitmen para pelajar dalam memartabatkan ilmu bahasa Arab di UNISSA.

Semoga kejayaan ini terus menyinari perjalanan akademik mereka dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti.
بالتوفيق والنجاح الدائم لجميع طلبتنا الكرام 

ALFU MABRUK & JUTAAN TAHNIAH

———————-

2. MAJLIS ANUGERAH DEKAN 

 ANUGERAH DEKAN SEMESTER 2, 2021/2022

Hari Sabtu, 16 September 2023,

bertempat di Jubilee, Universiti Islam Sultan Sharif Ali 

Jam 11 pagi.

 

________________________________________________________________________________________________

Tidak ketinggalan dalam acara ini adalah penyampaian Anugerah Dekan Fakulti Bahasa Arab kepada 21 pelajar cemerlang semester 1, 2022/2023 yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis YM Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad sendiri.

Bersama dengan pelajar UIN, BANTEN

———————————————————————————————————————————————————————-

تسليم ميدالية العميدة ومجلس تكريم الطلبة المتميزين

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.