Faculty of Arabic Language

EMPAT PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB

MENGIKUTI PROGRAM (SAP), SEM 1 & 2 2023/2024

Bandar Seri Begawan, 5 September  – Dua orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan daripada Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), iaitu Nur Bariah Fikriyah binti M. Noor dan Ummi Aishah binti Haji Rosli berlepas ke Oman  untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab, di Universiti Sultan Qaboos, Oman, di bawah Program Tamayyuz (Study Abroad Programme – SAP).

Bandar Seri Begawan, 16 Oktober – Dua orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan daripada Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), iaitu Nazatul Afiqah binti Junit dan Nuraisha binti Abdul Aziz berlepas ke Casablanca, Maghribi untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Mohammed V University di Rabat, Maghribi di bawah Program Tamayyuz (Study Abroad Programme – SAP).

SAP merupakan usaha UNISSA dalam memberi peluang kepada para penuntutnya untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan membangunkan kemahiran profesional mereka seperti komunikasi, kesedaran diri dan keyakinan.

Pihak FBA sangat berbangga dengan pencapaian keempat-empat pelajar berkenaan dan berharap pengalaman yang bakal mereka perolehi di Oman dan Maghribi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya agar menjadikan mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.