Faculty of Arabic Language

LAWATAN ROMBONGAN UNIVERSITAS ISLAM SUNAN KALIJAGA, INDONESIA 

23 Oktober 2023 bersamaan dengan 6 Safar 1445, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima seramai 10 orang Pensyarah dan 10 orang  Mahasiswa/siswi Pascasiswazah dari rombongan Universitas Islam Sunan Kalijaga, Indonesia yang diketuai oleh Dr Karwadi, MA.

Antara aturcara bagi lawatan tersebut ialah perbincangan dengan Fakulti-Fakulti di UNISSA sempena perlaksanaan Program MBKM (Merdeka Belajar Kurikulum Merdeka) dengan Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Islam. Hadir mewakili UNISSA adalah terdiri daripada Dekan-Dekan dari Fakulti Bahasa Arab dan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam iaitu Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah dan Yang Mulia Prof Madya Dr Anis Malik Thoha beserta dengan Timbalan Dekan kedua-dua fakulti berkenaan.

Dalam perjumpaan berkenaan diselitkan Pembentangan Ilmiah yang disampaikan oleh Prof Dr Mahmud Arif, MA dengan tajuk “Potret Pendidikan Islam di Asia Tenggara” yang dihadiri oleh para pelajar Fakulti Bahasa Arab, UNISSA,  pelajar UIN Sunan Ampel, Surabaya dan pelajar UIN Sunan Kalijaga.  

Antara aturcara bagi lawatan tersebut ialah sesi kongsisama dan perbincangan mengenai perkembangan kurikulum, ko-kurikulum dan penyelidikan yang telah berlangsung selama sehari di kampus Gadong UNISSA. Pada masa yang sama, rombongan para pelajar seramai 10 orang Mahasiswa/siswa Pascaijazah telah mengikuti Sit In Class Pascasarjana UNISSA yang ditelah diaturkan bagi menjalani Program MBKM, Universitas Islam Sunan Kalijaga secara bersemuka.

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.