Faculty of Arabic Language

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MENULIS ESEI MENGENAI KESULTANAN OMAN ANJURAN KEDUTAAN KESULTANAN OMAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong, Hari Khamis, 14 Safar 1445H bersamaan 31 Ogos 2023M, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali kerjasama dengan Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam telah meraikan Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Menulis Esei Mengenai Kesultanan Oman Anjuran Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat, Puan Yang Terutama Erma Said Al Kathiry, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam. Menurut Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA menjelaskan bahawa pertandingan ini dibukakan kepada pelajar Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang telah menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab Bagi Bukan Penutur Bahasa Arab di Sultan Qaboos College for Teaching Arabic to Non-Native Speakers, Kesultanan Oman pada bulan Mac 2023 yang lalu. Pihak Fakulti Bahasa Arab UNISSA sangat bergembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang sudah terjalin antara Fakulti Bahasa Arab UNISSA dan Kedutaan Oman di Brunei dalam banyak program terkait Bahasa Arab, khususnya SAP & SEP, yang terbukti telah meningkatkan kemampuan bahasa Arab di kalangan pelajar Fakulti Bahasa Arab UNISSA. Pihak FBA UNISSA berharap kerjasama ini akan terus dilanjutkan pada masa hadapan.

Seramai empat orang peserta menyertai pertandingan ini iaitu Abdul Rashid bin Haji Zainie dengan menyampaikan tajuk mengenai Pendidikan di Kesultanan Oman dan Dyg Syahirah@ Syakirah menjelaskan tentang Budaya Kesultanan Oman. Peserta ketiga iaitu Mohammad Kafil Ifwat bin Awang Ariffin Zainal membincangkan tentang Keindahan Alam Sekitar di Kesultanan Oman dan peserta terakhir, Dyg Nurul Muhassanah menfokuskan mengenai Pelancongan di Kesultanan Oman.

Pemenang bagi pertandingan ini ialah Mohammad Kafil Ifwat bin Awang Ariffin Zainal menerima hadiah dan sijil penghargaan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam dengan dihadiri hampir seratus orang yang terdiri daripada Rektor UNISSA, YM Dr Norarfan bin Haji Zainal serta Pegawai-Pegawai Utama, para pensyarah dan pelajar-pelajar UNISSA.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.