PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT WARGA FAKULTI BAHASA ARAB ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB (FIZIKAL)
1. TA’ZIZ BAHASA ARAB
PROGRAM HAYYA NATA’ALLAMU AL- ARABIYYAH
| Tarikh | 19-21Mac 2021 |
| Tempat | ANNAJAT COMPLEX, KAMPONG MATA-MATA, MUKIM GADONG |
| Penyelaras | Mahasiswa dan Mahasiswi Fakulti Tahun 3 dan 4 |
| Objektif | 1. Memberi pendedahan mengenai huruf-huruf hijaiyyah dalam kalangan masyarakat Brunei khususnya dalam kalangan kanak-kanak. 2. Membantu masyarakat Brunei untuk menyebut huruf-huruf hijaiyyah dengan sebutan yang betul. 3. Menyemarakkan bulan sya’aban sebagai bulan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam. 4. Membiasakan mahasiswa/wi untuk melibatkan diri dengan program khidmat masyarakat yang berbentuk pendidikan. |

————–
-PROGRAM MALAM HUBBUR RASUL
-PROGRAM YADAN BI YADIN
PROGRAM YADAN BI YADIN “ADHA BERSAMAMU” SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1444H/2023M, ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI DENGAN KERJASAMA TAKMIR MASJID KAMPONG SUNGAI BULOH
DISELAJURKAN DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN

13 Zulhijjah 1444H bersamaan dengan 2 Julai 2023M- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, menerusi Fakulti Bahasa Arab anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Takmir Masjid Kampong Sungai Buloh telah menyempurnakan majlis korban sempena hari raya Aidiladha 1444H/2023M yang lalu di Masjid Kampong Sungai Buloh. Dengan kerjasama ini, dapatlah BPFBA mengungkayahkan Program Yadan Bi Yadin “Adha Bersamamu” iaitu program Khidmat Masyarakat warga FBA yang terdiri daripada tenaga akademik dan mahasiswa/wi FBA.
Sebelum acara merewang dimulakan, Yang Mulia Dr Zulamali bin BPKDP Haji Matassan, Pensyarah FBA telah menyampaikan tazkirah ringkas “Adha Bersamamu” yang dihadiri oleh tetamu kehormat Majlis, YM Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik, UNISSA) beserta dengan YM Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, para akademik, mahasiswa/wi FBA, mahasiswa/wi Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin Banten, AJK Takmir Masjid, para jemaah, para asnaf, fakir dan miskin.


Disusuli dengan acara tersebut juga acara merewang enam ekor lembu ternakan korban termasuklah dua binatang korban bagi pihak warga FBA sendiri . Seterusnya penyerahan daging korban kepada para asnaf fakir miskin di kawasan Kg Batu Marang, Sungai Buloh dan kawasan disekitarnya. Mengakhiri acara ini juga para pelajar turut serta membantu AJK Takmir Masjid membersihkan perkarangan masjid berkenaan.


Dengan adanya projek ini dapatlah mentarbiyah para pelajar sifat kerjasama, ukhwah, kepimpinan dan tolong menolong dalam menyempurnakan aktiviti berkebajikan bersama masyarakat luar, agar mereka tidak hanya terbatas dengan pembelajaran di dalam kampus sahaja. Pihak warga FBA dengan amat berbesar hati dapat melaksanakan program khidmat masyarakat berkenaan di samping menerapkan amalan tradisi Brunei antaranya adalah sifat bergotong royong sesama insan.


————–
PROGRAM AMAL “YADAN BI YADIN”, FAKULTI BAHASA ARAB (20 APRIL 2022)

ALHAMDULILLAH, 20 April 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Badan Pelajar, Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan program amal ‘Yadan Bi Yadin’ (saling bantu membantu/ hand in hand) kali ketiga bersempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1443H.
Bagi tahun ini, Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab, UNISSA mengajurkan kutipan sumbangan barangan makanan asasi yang dibukakan kepada warga UNISSA yang berjalan selama seminggu. Acara kemuncak program ini adalah pengagihan sumbangan ke rumah para penerima yang dilaksanakan pada hari Rabu, 20 April 2022M bersamaan 18 Ramadhan 1443H.
Seramai 10 keluarga yang terdiri dari golongan yang memerlukan di kawasan Mukim Pengkalan Batu telah menerima sumbangan tersebut. Rimbongan tersebut diketuai oleh Yang Mulia Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor Akademik UNISSA yang juga selaku Dekan Fakulti Bahasa dan menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut.
Program Yadan Bi Yadin ini dianjurkan bagi memupuk sifat prihatin serta pemedulian para mahasiswa/i Fakulti Bahasa Arab khasnya dan warga UNISSA amnya terhadap masyarakat sekeliling terutama sekali golongan yang memerlukan di Negara Brunei Darussalam di samping menanamkan sifat bermasyarakat dan saling tolong menolong antara satu sama lain.













————–
SEMPENA RAMADHAN MUBARAK ANJURAN BERSAMA FAKULTI BAHASA ARAB DAN ATHA SDN BHD
| Tarikh | 15-25 April 2021 |
| Tempat | Annajat Hotel |
| Sempena | Ramadhan Mubarak 2021M |
| Objektif | memupuk dan menggalakan mahasiswa/wi untuk bekerja secara berpasukan dalam aktiviti berkebajikan dan khidmat masyarakat, juga bagi menjadikan mereka belia yang sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan ugama, bangsa dan negara. |

FAL WARRIORS


————–
ANFIQUU FI SABILILLAH
MAJLIS BERBAGI REZEKI BERSAMA ANAK YATIM SEMPENA BULAN RAMADHAN 2023

Majlis Berbagi Rezeki Bersama Anak Yatim Sempena Bulan Ramadhan 2023 yang diadakan pada 16 April 2023. Disamping itu, majlis ini juga merupakan majlis Anjuran Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif yang dijalankan bagi bersama-sama mengeratkam hubungan antara para pelajar, tenaga pengajar Fakulti Bahasa Arab, UNISSA bersama anak-anak yatim Kampung Mata-Mata, Gadong serta memberi sumbangan sempena Bulan Ramadhan kepada golongan anak yatim di Negara Brunei Darussalam khususnya Penduduk Kampung Mata-Mata, Gadong. Majlis ini telah dirasmikan dan dijayakan dengan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor Universiti Sultan Sharif Ali (Hal Ehwal Akademik) UNISSA.
Program ini dapat mencapai objektif untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, yang diungkayahkan daripada kalangan pelajar aliran Arab. Majlis ini juga berjaya terlaksana atas kerjasama serta perpaduan dari pelbagai pihak yang terlibat termasuklah badan pelajar, ahli jawatan kuasa, para pensyarah serta para pelajar Fakulti Bahasa Arab.




