Faculty of Arabic Language

LAWATAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL, INDONESIA 

 

19 Oktober 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima lawatan daripada Universitas Islam Negeri Sunan Ampel (UINSA) Surabaya, Indonesia yang diketuai oleh Dr H. Mirwan Akhmad Taufiq, Pensyarah Fakultas Adab dan Humaniora, UINSA. Rombongan lawatan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 17 Oktober 2023.

Rombongan seramai seorang pensyarah dan enam orang pelajar tersebut telah disambut oleh Dekan Fakulti Bahasa Arab UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; Timbalan Dekan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim dan Penolong Kanan Profesor Fakulti Bahasa Arab, Dr Achmad Yani.

Antara aturcara bagi lawatan tersebut ialah sesi kongsisama dan perbincangan mengenai perkembangan kurikulum, ko-kurikulum dan penyelidikan sekitar pendidikan Bahasa Arab di antara kedua-dua buah universiti yang telah berlangsung selama dua hari di kampus Gadong UNISSA. Pada masa yang sama, rombongan para pelajar UINSA juga berpeluang untuk mengikuti suasana pembelajaran bersama dengan pelajar UNISSA secara bersemuka.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya (UINSA) Indonesia telah memeterai penandatanganan Memorandum Of Understanding (MOU) pada 29 Ogos 2019 bagi tempoh (5) tahun. Kedua-dua Universiti tersebut telah aktif bekerjasama dalam pelbagai bidang dan mengadakan lawatan dari pelbagai fakulti dan pusat. Terakhir lawatan ke negara ini ialah pada bulan Ogos yang lalu.

Majlis lawatan tersebut berakhir dengan penyampaian cenderahati antara Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya (UINSA) Indonesia dan seterusnya sesi bergambar ramai.

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.