Faculty of Arabic Language

MU’TAMAR BAHASA ARAB KEBANGSAAN 1444H

(MuBaRak 1444)

ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB, UNISSA

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong: 25 Syaa’ban 1444H bersamaan 18 Mac 2023M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali, menerusi Fakulti Bahasa Arab dengan kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan 1444H.. Pada pembukaan mu’tamar berkenaan yang diadakan di Auditorium UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan 1444H dalam ucapannya menjelaskan bahawa mu’tamar tahun ini merupakan kesinambungan dari mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan yang telah diadakan pada 27 Sya`aban 1443H bersamaan 30 Mac 2022M bertempat di Dewan Ta`lim, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Antara objektif Mu`tamar Bahasa Arab Kebangsaan 1444H (MuBaRak 1444) ini diadakan adalah untuk perkongsian maklumat mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab antara institusi di Negara Brunei Darussalam, yang mana sebagai sebuah negara yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja, dan sebagai sebuah negara yang dikenali dengan negara zikir, maka aspek keagamaan adalah amat dititikberatkan di negara ini. Agama Islam dengan sumber Al-Quran dan bahasa Arab adalah begitu sinonim. Justeru, sambutan Bulan Bahasa Arab di negara ini membuktikan betapa pentingnya bahasa Arab dalam kalangan masyarakat Brunei. Mu’tamar pada tahun ini membawa tema mu’tamar dengan membawa tema “Menjayakan Wawasan Negara”.

Bagi menyemarakkan lagi pembukaan mu’tamar, Ucaptama Khas yang disampaikan oleh YM Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik), UNISSA selaku Naib Raes II Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, dengan tajuk: “Peranan dan Hala Tuju Bahasa Arab ke Arah Menjayakan Wawasan Negara 2035”.  Sekilas daripada ucaptama ini, menghuraikan tentang Sumbangan Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz. Mufti Pertama Negara Brunei Darussalam mengenai pemartabatan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam dan antara visi dan misi Yang Dimuliakan Pehin Datu dalam perkara ini, sangat memberi impak positif kepada kita  sekarang ini dan antaranya adalah penubuhan Sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah pada 01 Mac 1966 dan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit pada 1967 termasuklah juga dengan penubuhan Kolej Perguruan Seri Begawan (KU PUSB) dan Institut Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddies (IPISHOAS) di Negara Brunei Darussalam.

Beliau juga mengkongsikan beberapa cadangan mengenai hala tuju Bahasa Arab ke arah menjayakan Wawasan Negara 2035 antaranya menjadikan Bahasa Arab subjek wajib yang diajarkan di semua peringkat pengajian; rendah, menengah, pra universiti dan universiti, memasyaratkan bahasa Arab dengan mengajarkan  bahasa Arab  kepada semua lapisan masyarakat bermula dari  kanak-kanak seawal dua (2) tahun hingga ke warga emas dan memperkasa lagi ilmu pengetahuan dengan menterjemah karya-karya yang ditulis dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Hala tuju ini akan mampu direalisasikan menerusi strategi berikut iaitu UNISSA, KUPU SB, Rabitah Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Pengajian Islam hendaklah berkerjasama dalam meningkatkan kualiti kurikulum pengajaran Bahasa Arab, di semua peringkat pengajian dengan mengambil kira aspek kemahiran Abad ke-21 dan keperluan pelajar, meningkatkan kualiti guru/ pensyarah khusus yang mengajar bahasa Arab dengan memberikan pelbagai pendedahan menerusi bengkel, forum dan sebagainya, bagi memantapkan lagi kemahiran mereka dalam bahasa Arab, menanam dan menyuntik rasa cinta kepada Bahasa Arab di kalangan Rakyat Brunei Darussalam khususnya para belia menerusi pelbagai pendekatan misalnya mengadakan acara karnival bahasa Arab dan sebagainya;, mewujudkan persekitaran Bahasa Arab yang bersesuaian, antaranya  dengan melazimi bertutur dalam bahasa Arab, memanfaatkan kewujudan  tenaga akademik dari  negara-negara Arab, di samping  dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti makmal, wifi ,  program-program  tv dalam bahasa Arab dan sebagainya, menyemarakkan Bahasa Arab melalui penyelidikan, penerbitan, acara-acara TV dan Radio, mengajarkan Bahasa Arab kepada orang ramai, sama ada melalui kursus-kursus, majlis-majlis ilmu di masjid-masjid atau surau-surau dengan mengajarkan kitab Turats (yang berbahasa Arab), serta menyiarkannya secara dalam talian dan akhir sekali adalah mengiatkan aktiviti menterjemah bagi tujuan mengongsikan ilmu /karya yang ditulis dalam bahasa Arab supaya kita dapat menambah ilmu pengetahuan kita.

Tetamu Kehormat mu’tamar  ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Yang Mulia Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha Pemangku Timbalan Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Raes Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Yang Mulia Ustaz Mohd Zamery bin Haji Nayan, Pemangku Ketua Bahagain Sekolah Arab selaku wakil Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran 100 peserta mu’tamar dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta termasuklah orang awam.

Sesi perbincangan khas telah diadakan setelah majlis pembukaan mu’tamar,  yang dihadiri oleh perwakilan dari Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Rabitah Alumni Al-Azhar Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam yang membincangkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam ke arah menuju Wawasan Negara 2035.

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.