Faculty of Arabic Language

PROGRAM STUDENT MOBILITY INTERNASIONAL FAKULTAS TARBIYAH DAN KEGURUAN UIN SUNAN SURABAYA TAHUN 2023 DENGAN KERJASAMA FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Gadong, 4 Safar 1445H bersamaan dengan 21 Ogos 2023, Bandar Seri Begawan- Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNSSA) dan Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia telah menandatangani  Memorandum of Agreement (MoA)pada 03 Mei 2023. Dengan penandatanganan memorandum tersebut, ianya dihasratkan agar kedua-dua fakulti akan dapat saling berkerjasama dalam pengendalian aktiviti-aktiviti yang dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Salah satu aktiviti tersebut merupakan Program Student Mobility Internasional yang diungkayahkan oleh Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia. Rombongan yang diketuai oleh Dr Muflihah, Pensyarah Bahasa Arab di Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, dan 3 orang mahasiswa/wi dari fakultas berkenaan telah tiba di Negara Brunei Darussalam pada 16 Ogos 2023.

Antara matlamat Program Student Mobility Internasional ialah bagi mengunjungi dan observasi beberapa pusat pembelajaran bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam. Justeru,  dalam usaha bagi mencapai matlamat program, pihak FBA, UNISSA telah mengaturkan bagi lawatan ilmiah ke beberapa sekolah Arab di negara ini. Pada hari Khamis, 17 Ogos 2023 yang lalu, rombongan telah berkunjung ke Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) di Kampong Batu Satu. Ketibaan rombongan disambut oleh YM Ustazah Hajah Azizah binti Haji Mohammad, Pemangku Pengetua SMALHB.

Pada sebelah petang pula,  rombongan mengunjungi Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Kampong Katok. Rombongan dialu-alukan oleh YM Ustazah Dk Aidi Norintan binti Pg Haji Zinin, Pemangku Pengetua SUAMPRIPAHS.

Kunjungan ilmiah ini diteruskan lagi dengan mengadakan lawatan ke Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Kampong Rimba pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023. Kedatangan rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Pengetua, YM Ustaz Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor.

 

Sepanjang lawatan ke sekolah-sekolah Arab tersebut, pihak rombongan telah diberi penerangan mengenai hal ehwal pentadbiran dan hal ehwal akademik. Rombongan juga diterangkan dan dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti ilmiah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Lawatan ini -secara tidak langsung-  mampu memperkuat jalinan kerjasama dalam bentuk akademik antara pelbagai peringkat; peringkat persekolahan rendah, menengah dan juga institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, ianya juga dapat menggambarkan pencapaian pembelajaran Bahasa Arab dan perkembangannya, di samping meningkatkan pengetahuan rombongan mengenai budaya, adat istiadat dan cara hidup masyarakat di negara ini.

Rombongan dari Fakultas Tarbiyah dan Keguruan, Universiti Islam Negeri Sunan Surabaya, Indonesia telah diiringi oleh tenaga akademik dan beberapa orang mahasiswa/wi di Fakulti Bahasa Arab, UNISSA sepanjang lawatan dilaksanakan.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.