Faculty of Arabic Language

SEMINAR ANTARABANGSA MAHRAJAN BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN HARI BAHASA ARAB SEDUNIA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2022

Anjuran Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan harif Ali Dengan Kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (Kupu Sb) serta Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam Dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam

Bandar Seri Begawan, 19 Disember 2022 bersamaan 25 Jamadilawal 1444H, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) serta Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Seminar Antarabangsa bagi Mahrajan Bahasa Arab sempena memperingati hari Bahasa Arab Sedunia.

Antara objektif seminar ini diadakan untuk memberigakan  kepentingan bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an, bahasa ibadat, bahasa ilmu dan bahasa tamadun kepada masyarakat.  Di samping itu juga menjadi tempat platform bagi tenaga akademik dan pelajar untuk bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing dan secara tidak langsung membina jaringan  kerjasama dengan institusi luar negara dalam sama-sama memperkasa penggunaan bahasa Arab.

Ucapan pembukaan seminar ini disampaikan oleh Yang Mulia Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim Pemangku Dekan Fakulti Bahasa Arab menjelaskan bahawa seminar ini diadakan sebagai salah satu aktiviti meraikan sempena  sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia yang diadakan pada 18 Disember setiap tahun, di atas pengiktirafan pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memilih Bahasa Arab sebagai salah satu enam bahasa rasmi dunia yang diguna pakai oleh PBB dengan membawa tema : Sumbangan Bahasa Arab ke arah Ketamadunan dan kebudayaan manusia.

Lebih kurang 100 orang peserta menghadiri seminar ini, yang mana terdiri daripada para tenaga akademik, mahasiswa-mahasiswi dari kedua-dua buah universiti,  para ilmuan  alumni Al-Azhar dan ahli Persatuan Bahasa Arab.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Naib Raes Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Yang Mulia Dr Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha Pemangku Raes KUPU SB dan Raes Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam dan Yang MuliaDato Seri SetiaHaji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof Raes Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam.

Seramai 4 orang pembentang telah mengongsikan pandangan mereka mengikut kesesuaian tema seminar ini. Mereka terdiri daripada Yang Mulia Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Hal Ehwal Akademik) Unissa, selaku Naib Raes II Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, YM Dr Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha, Pemangku Raes KUPU SB dan Raes Persatuan Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam, YM Prof Dr Khaled Kamal Mohamed ElTaher, Profesor dalam Kesusasteraan Arab dan Kritikan, Universiti Alwasi, Dubai dan YM Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

Diharapkan dari seminar ini akan merealisasikan objektif seminar yang diadakan ini.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.