Faculty of Arabic Language

KUNJUNGAN ROMBONGAN FAKULTI TARBIYAH DAN KEGURUAN UNIVESITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL SURABAYA

Khamis, 16 Februari 2023, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menerima kunjungan daripada rombongan Fakulti Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya iaitu YM Prof Dr Haji Husniyatus Salamah Zainiyati M.Ag dan YM Dr Taufik M. Pd. I. 

 

Dalam perjumpaan ini, pihak perwakilan Fakulti Tarbiyah dan Keguruan  dan Fakulti Bahasa Arab behasrat untuk menjalinkan hubungan MOA antara satu sama lain. Selain itu juga sesi pembentangan kertas kerja juga diadakan bertempat di L1.3 yang dihadiri oleh Dekan Fakulti Bahasa Arab, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah serta pensyarah dan pelajar warga Fakulti Bahasa Arab.

YM Prof Dr Haji Husniyatus Salamah Zainiyati telah membentang kertas kerja dengan tajuk Metodologi Keilmuan Islami, Rekonstruktsi Kitab Ta’lim Al-Muta’allim dan YM Dr Taufik M. Pd. I menyampaikan kertas kerja yang bertajuk تعليم اللغة العربية للمبتدئين على أساس MLATS ARABIC.

Para rombongan selaku penyelidik juga berkesempatan mengadakan survey ke atas pelajar Fakulti Bahasa Arab yang berkaitan tentang pembelajaran Bahasa Arab dari kalangan pelajar Melayu dengan penggunaan aplikasi MLATS ARABIC. 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.