Faculty of Arabic Language

BICARA ILMU

15 Rejab 1444H bersamaan dengan 6 Februari 2023, Hari Isnin jam 2 petang melalui Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah mengadakan program Bicara Ilmu. Ianya bertujuan untuk perkongsian ilmu antara para tenaga akademik; tempatan dan luar negara, juga antara mahasiswa/wi Fakulti Bahasa Arab khasnya, dan mahasiswa/wi UNISSA khasnya bagi memberikan pendedahan kepada mereka mengenai hal ehwal akademik terkini. Dengan perkongsian ilmu ini adalah diharapkan agar ianya dapat menyemai semangat cintakan ilmu dan menanam perasaan bertanggungjawab dalam berkongsi ilmu dalam kalangan sasaran.

Pada program kali ini Fakulti Bahasa Arab menjemput Yang Mulia PM Dr Haslina Hassan (Director Academic & Admission Division (AMAD) sebagai Profesor Madya di Jabatan Bahasa Arab dan Kesusteraan, Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia selaku pembentang. Seramai 35 orang warga Fakulti Bahasa Arab termasuklah pensyarah dan para pelajar (UG & PG) menghadiri program tersebut dengan membawa tema  المدونات اللغوية في تعلم اللغة وتعليمها .

Dalam program ini, pelajar dedahkan dengan penggunaan aplikasi B.Arab yang boleh membantu pelajar untuk menganalisis gaya bahasa penulis serta mengetahui kekerapan penggunaan perkataan Arab dalam penulisan sendiri. 

Turut menghadiri dalam acara tersebut YM Rektor UNISSA, Dr Norarfan bin Haji Zainal dan YM PM Dr Siti Sara binti Haji Ahmad selaku Penolong Rektor (Akademik) dan diselajuri dengan sesi penghargaan dan bergambar ramai. 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.