FAKULTI BAHASA ARAB MERAIKAN MAULIDUR RASUL SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM
1.SAMBUTAN DIKIR MAULIDUR RASULULLAH SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM
Maulidur Rasul Sallahu ‘Alaihi Wassalam tahun 2023/1445
Sempena maulidul Rasul sukacita Fakulti Bahasa Arab diberikan amanah untuk mengadakan majlis dzkir bagi memperingati kelahiran junjungan Nabi kita S.A.W serta peluang ketani beramai-ramai menyampaikan cinta mahabbah kepada Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wassalam yang akan diadakan pada:
📆 Tarikh: Hari Selasa, 19 September 2023 dan Hari Khamis, 26 September 2023
⏰ Jam: Selepas solat Magrib berjemaah
📍Tempat: Surau Syafie, UNISSA
Sehubungan itu dipohonkan kerjasama semua mahasiswa tahun 1-4 untuk hadir, manakala mahasiwi dialu-alukan hadir pada majlis berkenaan.
Dengan ketulusan hati ikhlas mahasiswa/i dalam meraikan cinta Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam adalah sangat² diharapkan dan Semoga kitani semua akan diberi syafaat dengan mengingati baginda🤲🏻✨





__________________________________________________________________________________
-DIKIR MAULIDUR RASULULLAH SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM 2022



2. MALAM HUB AR-RASUL (MALAM CINTA RASUL) ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB













_______________________________________________________________________________________________
3. PERTANDINGAN TAZKIRAH DI DALAM BAHASA ARAB SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM BAGI TAHUN 1445H/2023M ANJURAN BADAN PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB, FAKULTI BAHASA ARAB UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI



Yang Mulia Dekan Fakulti Bahasa Arab, Dr Hajah Rafidah merasmikan Risalah Hubbur Rasul Sallahu ‘Alaihi Wassalam sebelum memulakan acara Pertandingan Tazkirah.


Abdusalam Jaidee dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut.

Tempat kedua disandang oleh Dyg Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan dari Fakulti Bahasa Arab.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Siti Nur Mashitah binti Shahrul Khushairi dari Fakulti Usuluddin.
Pertandingan berkenaan telah dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar-pelajar UNISSA. Semoga dengan adanya pertandingan ini menjadi salah satu wadah atau platform bagi mengajak generasi muda belia untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wassalam dengan mendedahkan kepimpinan, akhlak budi pekerti serta perjuangan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan secara tidak langsung mempertingkatkan kualiti dan pengukuhan penggunaan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.















