Faculty of Arabic Language

PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI MENERIMA PENGHARGAAN BIASISWA DARIPADA SULTAN QABOOS HIGHER CENTER

Bandar Seri Begawan, 11 Januari 2023 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1444H, Kedutaan Kesultanan Oman telah menerima kunjungan dari Rombongan Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang diketuai oleh YM Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab.

PYT Erma Said Mohamed Al Kathiry menyatakan peghargaan kepada empat pelajar Fakulti Bahasa Arab, tahun 4 iaitu Abdul Rashid bin Haji Zainie, Muhhammad Kafil Ifwat bin Awang Ariffin, Syahirah@ Syakirah binti Haji Othman dan Nurul Muhassanah binti Ahmad  yang tercalon menerima biasiswa daripada Sultan Qaboos Higher Centre for Culture and Science untuk mengikuti program bahasa Arab di Sultan Qaboos College for Teaching Arabic to Non-Native Speakers, Oman selama lapan (8) minggu mulai 15 Januari hingga 9 Mac 2023.

Biasiswa ini antara lain bertujuan untuk memenuhi tawaran dari Kesultanan Oman dengan harapan memperkembangkan hubungan dan kerjasama antara kedua belah pihak. Dengan adanya kerjasama ini, pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada dalam meningkatkan mutu kemahiran dan keyakinan berbahasa Arab di persekitaran sebenar. Ia juga bertujuan untuk membimbing pelajar melangkah keluar dari zon selesa (comfort zone) mereka di samping meningkatkan keyakinan diri untuk hidup berdikari di luar negara.

Kunjungan ini diakhiri dengan sesi begambar ramai.

Sesi ta’aruf antara PYT Erma Said Mohamed Al Kathiry, Duta Kesultanan Oman dengan pelajar Fakulti Bahasa Arab

Sesi begambar ramai bersama dengan penerima biasiswa Sultan Qaboos Higher Center for Culture and Science untuk mengikutiprogram bahasa Arab di Sultan Qaboos College for Teaching Arabic to Non-Native Speakers


Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.