Faculty of Arabic Language

2 PELAJAR FAKULTI BAHASA ARAB LANJUT PENGAJIAN KE MAGHRIBI

 

Bandar Seri Begawan, 16 Oktober – Dua orang pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab dan Terjemahan daripada Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), iaitu Nazatul Afiqah binti Junit dan Nuraisha binti Abdul Aziz berlepas ke Casablanca, Maghribi untuk memulakan pembelajaran selama setahun di Mohammed V University di Rabat, Maghribi di bawah Program Tamayyuz (Study Abroad Programme – SAP).

SAP merupakan usaha UNISSA dalam memberi peluang kepada para penuntutnya untuk mendapatkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan membangunkan kemahiran profesional mereka seperti komunikasi, kesedaran diri dan keyakinan.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Dekan FBA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah; Timbalan Dekan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim; Ketua Program Prasiswazah serta Penyelaras At-Tamayyuz FBA, Dr Hajah Rafizah binti Haji Abdullah; serta pensyarah FBA, Kujaimah binti Haji Abdul Kahar.

Pihak FBA sangat berbangga dengan pencapaian kedua-dua pelajar berkenaan dan berharap pengalaman yang bakal mereka perolehi di Maghribi dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya agar menjadikan mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.