Faculty of Arabic Language

المؤتمر الوطني للغة العربية- بروني

Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan (MuBaAraK) Brunei

Mu’tamar Bahasa Arab Kebangsaan (MuBaAraK) Brunei 1443H anjuran bersama Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam; dan Persatuan Bahasa Arab (Brunei) akan diadakan pada 30 Mac 2022, jam 9.00 pagi secara dalam talian (Microsoft Team). Ianya diadakan sempena Bulan Bahasa Arab (Brunei).

Antara pengisian Mu’tamar adalah penyampaian Ucaptama Khas oleh Ra’es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dengan ucaptama bertajuk ‘Menjunjung Keprihatinan Raja Soleh Terhadap Bahasa Zikir di Negara Zikir’ serta perkongsian maklumat perkembangan pengajaran bahasa Arab antara institusi di NBD dan pengumuman pemenang video pendek bahasa Arab pelajar KUPU SB Tahun 2.

Mu’tamar diharapkan akan dapat mengeratkan kerjasama pelbagai pihak di NBD dalam mengembangkan peluang dan mutu pengajaran bahasa Arab dalam mengukuhkan jati diri Negara Zikir.

Seramai tiga orang pensyarah Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali turut menyertai dalam pembentangan ini antaranya:

1. Prof Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad

2. Dr Achmad Yani

3. Ustazah Hajah Rafizah binti Haji Abdullah  

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.