Faculty of Arabic Language

FAKULTI BAHASA ARAB, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI MENYERTAI NADWAH BINCANG ISU-ISU PENGAJARAN BAHASA ARAB

Pada 18 Disember 2023, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, menyertai Nadwah Isu-Isu Kontemporari dalam Membangunkan Pengajaran Bahasa Arab kepada Penutur Bukan Arab di Negara-negara Asia Tenggara di Princess Naradhiwat University (PNU) secara hibrid.

Dr. Muhamad Alif bin Haji Sismat, Pengarah Pejabat Perancangan dan Pembangunan Strategik, mewakili Fakulti Bahasa Arab dalam nadwah ini secara online.

Perbincangan dalam nadwah mencakup cabaran dan kesukaran pengajaran kursus bahasa Arab bagi pendidikan Islam, kurikulum pengajaran bahasa Arab, dan tujuan pengajaran di peringkat IPT. Dengan tema ‘Bahasa Inklusif dalam Pelbagai Kurikulum,’ nadwah ini bertujuan menyediakan wadah perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Asia Tenggara.

Nadwah ini merupakan usaha bersama Princess Naradhiwat University (PNU) Thailand, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam, serta Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) Malaysia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan dan memantapkan pengajaran bahasa Arab di Asia Tenggara.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.