SIT IN CLASS DARI FAKULTI ADAB DAN HUMANIORA UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL, INDONESIA
Bermula 17 Okober 2023 hingga 28 Oktober 2023 Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima 6 orang mahasiswa/siswi dari Fakultas Adab dan Humaniora Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Indonesia selama 12 hari berturut-turut. Ianya bertujuan utuk menimba pengalaman akademik dan sebagai praktikal lapangan dalam pembelajaran bahasa Arab di UNISSA sepertimana yang disepakati di dalam MoA antara dua fakulti berkenaan.
Walau bagai mana pun seorang pelajar telah mengikuti Program Sit In Class di Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dan seorang mahasiswa ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa dan selebihnya ditempatkan di Fakulti Bahasa Arab tahun 3 dan tahun 4 mengikuti latar belakang pengajian masing-masing.