DIKIR SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H
Bandar Seri Begawan, Khamis, 28hb Ogos 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan “Dikir Sempena Maulidur Rasul 1447H” yang diadakan di surau as-Syafi’i UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dr Hjh Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab. Turut hadir ialah para pensyarah dan pegawai serta kakitangan FBA.
Majlis ini juga dihadiri oleh pertukaran pelajar dari Universiti Darussalam Gontor, Indonesia (UNIDA) serta pelajar latihan industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia (UNISZA)
Majlis Dikir sempena Maulud ini bertujuan untuk mengagungkan serta memperingati kelahiran Rasulullah SAW, menyemarakkan syiar Islam melalui bacaan selawat dan meningkatkan rasa syukur serta keimanan dalam diri. Selain itu, ia juga menjadi wadah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan kerohanian khususnya kepada para pelajar agar terus mencintai Rasulullah SAW serta mengamalkan sunnah Baginda.
Selain dari itu, majlis ini juga diadakan sebagai tanda pengukuhan hubungan serta sokongan dan kerjasama antara pelajar dan pihak pentadbiran FBA.