Majlis Pembubaran dan Pelantikan Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab 24/25 & 25/26
Bandar Seri Begawan, Khamis, 28hb Ogos 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan “Majlis Pembubaran dan Pelantikan Badan Pelajar 24/25 & 25/26” yang diadakan di surau as-Syafi’i UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dr Hjh Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab. Turut hadir ialah para tenaga akademik dan pentadbiran FBA. Juga turut hadir Pelajar Fakulti Bahasa Arab tahun 1 hingga tahun 4, pertukaran pelajar dari Universiti Darussalam Gontor, Indonesia (UNIDA) serta pelajar latihan industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Malaysia.
Majlis ini diadakan bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada badan pelajar sesi 24/25 serta surat lantikan bagi badan pelajar baharu sesi 25/26.
Majlis ini menandakan secara rasmi tamatnya kepimpinan badan pelajar sesi 24/25 serta memberi penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Pada masa yang sama, majlis ini turut menjadi medan pelantikan badan pelajar baharu sesi 25/26 secara rasmi agar mereka dapat meneruskan amanah serta menggalas tanggungjawab sebagai badan pelajar fakulti.
Selain dari itu, majlis ini juga diadakan untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar dan para pensyarah sebagai tanda sokongan dan kerjasama. Majlis ini juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG ketiga – Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, SDG keempat – Kualiti Pendidikan, keenam belas – Keamanan dan Keadilan dan SDG ketujuh belas – Perkongsian untuk Matlamat.