Faculty of Arabic Language

UNISSA, UNIDA dan UNISZA Bersama Dalam Program “Riadah Ria”

Bandar Seri Begawan, Ahad, 3 Ogos 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) anjuran Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab telah mengadakan program “Riadah Ria” yang diadakan di Gymnasium UNISSA. Program ini dijalankan dengan kerjasama pertukaran pelajar dari Universiti Darussalam Gontor, Indonesia (UNIDA) serta pelajar latihan industri dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab (BPFBA), pelajar tahun 1 dan tahun 2 Fakulti Bahasa Arab, pelajar pertukaran dari UNIDA dan pelajar latihan industri dari UNISZA melalui aktiviti kesukanan yang bermanfaat. Selain itu, program ini juga selari dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG ketiga – Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik, SDG keempat – Pendidikan Berkualiti, SDG keenam belas – Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, dan SDG ketujuh belas – Perkongsian untuk Matlamat.

Selain aspek kesukanan, program ini turut membuka ruang interaksi positif antara pelajar yang dapat mengukuhkan kemahiran dan keyakinan diri mereka dalam berkomunikasi bukan sahaja dalam Bahasa Melayu tetapi juga dalam Bahasa Arab.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Achmad Yani, Ketua Program Sarjana Muda Fakulti Bahasa Arab, bagi memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta.

 

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.