Faculty of Arabic Language

KEM BAHASA ARAB

Ahad, 9 Mac 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah menganjurkan Program ‘Kem Bahasa Arab’, sebuah program yang berlangsung selama sehari dengan tujuan memupuk minat dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa Arab.

Kem ini disertai oleh pelajar dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Ma’had Islam Brunei (MIB), dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

Antara objektif penganjuran Kem Bahasa Arab ini adalah untuk memupuk serta meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab, meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dengan fasih dalam Bahasa Arab, memantapkan dan mengukuhkan kemahiran berbahasa Arab secara menyeluruh, dan memperkenalkan asas-asas Bahasa Arab melalui pendekatan yang kreatif dan interaktif.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuk permainan yang menguji kefahaman dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Arab sambil mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, sesi Tilawah Al-Quran juga turut diadakan yang mengajak para pelajar, fasilitator, dan ahli jawatankuasa bersama-sama membaca Al-Quran bagi menyemarakkan suasana di bulan Ramadan.

Majlis turut dimeriahkan dengan sesi forum bertajuk “Dari Kekurangan ke Kemahiran – Rahsia Menguasai Bahasa Arab”, yang menampilkan dua orang panel alumni FBA, UNISSA mengongsikan pengalaman serta cabaran dalam menguasai Bahasa Arab, memberikan inspirasi kepada para peserta. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Dekan FBA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah dan Timbalan Dekan, Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim.

Kem ini diakhiri dengan Sesi Tazkirah dan Tadabbur Surah Yassin, iaitu perkongsian istimewa oleh Dr Achmad Yani, Ketua Program Sarjana Muda Fakulti Bahasa Arab. Dalam sesi ini, Dr Achmad Yani telah menjelaskan makna dan tafsir Surah Yassin secara mendalam, memberikan pengisian rohani yang bermakna kepada para peserta serta membantu mereka memahami keindahan Al-Quran dalam bahasa asalnya.

Selepas sesi perkongsian, semua peserta, fasilitator, serta ahli jawatankuasa berbuka puasa bersama dalam suasana yang penuh keakraban. Seterusnya, mereka turut menunaikan solat Maghrib, Isyak, serta solat sunat Tarawih secara berjemaah, yang menjadi pelengkap kepada program yang sarat dengan ilmu dan nilai spiritual.

Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam meningkatkan kefasihan serta kecintaan mereka terhadap Bahasa Arab, sekaligus memperkukuhkan penguasaan bahasa ini sebagai medium komunikasi dan kefahaman ilmu Islam.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 232
UNISSAFBA2022@gmail.com

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M.

1:30P.M. – 4:30P.M.