PROGRAM MUHADARAH KHAS FAKULTI BAHASA ARAB
30 Safar 1446H bersamaan dengan 4 September 2024M, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah mengadakan Kuliah Khas bagi pelajar tahun 3 dan 4 bersama dengan Profesor Dr Rahmah binti Ahmed H. Osman, Profesor Kanan Kesusasteraan Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Alhamdulillah dengan adanya muhadarah ini mendatangkan manfaat kepada pelajar yang mana ianya merupakan peluang yang berharga buat pelajar berkesempatan menghadiri kelas tersebut bersama dengan seorang pakar dalam bidang sastera Arab.