PELAJAR LATIHAN INDUSTRI MENGANJURKAN BENGKEL POWERPOINT
UNISSA, 17 Ogos 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), menerusi pelajar latihan industri daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) bekerjasama dengan Fakulti Bahasa Arab (FBA) telah mengadakan sebuah program “Bengkel Penghasilan Karya Komik Kreatif Menggunakan Aplikasi Powerpoint”.
Program ini diadakan bagi mendedahkan mahasiswa/i tentang pengetahuan dan kemahiran asas dalam pembuatan komik menggunakan aplikasi PowerPoint, disamping meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan mahasiswa/i melalui seni komik digital. Selain itu, program ini turut mendorong mahasiswa/i menggunakan teknologi secara kreatif dalam pembelajaran dan projek seni di dalam pelbagai bahasa serta memberikan peluang kepada mahasiswa/i untuk mempamerkan bakat dan hasil karya mereka.
Program ini juga bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ke-4 iaitu “Pendidikan yang berkualiti” dalam kalangan mahasiswa/i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali di Negara Brunei Darussalam.