HALAL SCIENCE STUDENTS LEFT TO PARTICIPATE IN INDUSTRIAL TRAINING PROGRAMME
HALAL SCIENCE STUDENTS LEFT TO PARTICIPATE IN INDUSTRIAL TRAINING AT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SARAWAK,
HALAL SCIENCE STUDENTS LEFT TO PARTICIPATE IN INDUSTRIAL TRAINING AT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SARAWAK,
Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan
Rabu, 6 Mac 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan
7 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) dan Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) dengan kerjasama daripada pihak Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei telah mengadakan Bengkel Kerjaya: Klinik Penulisan CV.
Seramai 48 orang peseta terdiri daripada 41 bakal graduan dan 7 Alumni UNISSA telah mengikuti bengkel yang diadaken di Dewan Auditorium, UNISSA pada hari Rabu, 18 Zulkaedah 1444H bersamaan dengan 7 Jun 2023.
Bengkel Kerjaya ini terbahagi kepada tiga (3) sesi di mana sesi pertama ialah talimat penulisan CV yang berkesan yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Mohd Khairul Hasbullah bịn Hại Anuar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II Sekretariat Tetap MPEC, Jobcentre Brunei (JCB) Sesi kedua pula ialah aktiviti berkumpulan, iaitu aktiviti mengenal pasti perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam CV dan aktiviti mengenal pasti bagaimana membuat CV yang boleh menarik perhatian majikan. Kedua-dua aktiviti tersebut bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kefahaman peserta mengenai cara membuat CV seperti yang telah disampaikan dalam sesi pertama. Sesi terakhir pula ialah sesi soal jawab.
Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta cara menulis CV yang lebih tepat, teratur dan menarik.