PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jamadilawal 1446H / 13 November 2024M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini mengadakan satu program berprestij bagi meraikan Profesor Dr Siti Sara binti Haji Ahmad sebagai Profesor Tempatan Pertama dalam bidang Bahasa Arab. Majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium UNISSA ini adalah bagi menghargai pencapaian cemerlang beliau sebagai salah seorang ahli akademik tempatan yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang bahasa dan pendidikan Bahasa Arab di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program ini diserikan dengan kehadiran Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir ialah Penolong-Penolong Rektor, Pegawai-Pegawai Utama, ahli akademik dari pelbagai institusi dalam dan luar negara, serta para mahasiswa dan mahasiswi yang turut serta dalam meraikan kejayaan yang membanggakan ini.
Dekan Fakulti Bahasa Arab, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah dalam ucapan beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Dr Siti Sara atas sumbangan beliau dalam memperkukuhkan kedudukan Bahasa Arab. Beliau juga menekankan bahawa pencapaian ini merupakan bukti komitmen UNISSA dalam melahirkan pakar bahasa tempatan yang mampu bersaing di peringkat global serta menyumbang kepada pembangunan bahasa Arab. Walaupun perjalanan ini bukan mudah, namun Profesor Dr Siti Sara telah membuktikan bahawa usaha gigih dan komitmen yang tinggi merupakan kunci kepada kejayaan yang dicapai.
Program ini turut menampilkan pembentangan akademik oleh Profesor Dr Siti Sara binti Haji Ahmad bertajuk “Developing Collaborative Technology Model (CTM) to Enhance Arabic Communication Skills Among Arabic Schools’ Students in Brunei Darussalam”. Pameran yang menggariskan pencapaian dan sumbangan Profesor Dr Siti Sara dalam pelbagai aspek, termasuk penghasilan kajian ilmiah, penerbitan akademik, serta dedikasi beliau dalam membimbing generasi pelajar di UNISSA dan peringkat antarabangsa juga diadakan.
Program ini merupakan langkah signifikan dalam mengiktiraf kejayaan ahli akademik tempatan dan diharapkan akan menjadi inspirasi kepada tenaga akademik untuk terus melakar kejayaan dalam bidang masing-masing demi memperkukuhkan institusi pengajian tinggi di Brunei.