FAKULTI BAHASA ARAB, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA UNIVERSITAS NEGERI MALANG, INDONESIA.
Share News
Recent News

UNISSA SERTAI GLOBAL CHANGE SUMMIT 2025
Istanbul, Turkiye – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar baru-baru

Lawatan Muhibbah Daripada KH Ustaz Arief Heri Setyawan, Khadimul Ma’hadAssalam, Kalimatan Timur
Selasa, 23 Disember 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima lawatan kerjasama daripada delegasi Universitas Negeri Malang, Indonesia. Lawatan ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua institusi.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengadakan sesi Focus Group Discussion (FGD) yang melibatkan Prof. Dr. Ibrahim Bafadal, M.Pd (Naib Canselor Universitas Negeri Malang) dan Dr. Juharyanto, M.M., M.Pd.
Kedatangan rombongan ini disambut dengan penuh hormat oleh Dekan Fakulti Bahasa Arab, YM Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab serta Dr Achmad Yani selaku Ketua Program Sarjana Muda.
Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu berkaitan pendidikan dan penyelidikan. Mereka juga membincangkan potensi kerjasama dalam aktiviti-aktiviti akan datang, terutamanya dalam bidang penyelidikan. Beberapa inisiatif telah dicadangkan, termasuk program pertukaran pelajar, kolaborasi dalam penyelidikan, dan penganjuran seminar bersama.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat dan berkesan antara Fakulti Bahasa Arab, UNISSA dan Universitas Negeri Malang, serta meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan di kedua-dua institusi.

