![](https://unissa.edu.bn/storage/2024/06/LAWATAN-KERJA-KE-IGS-4-300x176.jpg)
LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 08 Disember 2023, Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah menghantar 4 orang mahasiswa/wi universiti tersebut ke Pertandingan Debat Antarabangsa Bahasa Arab IIUM 2023 (IIUM International Arabic Debate Open 2023) anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) mulai 08 Disember – 11 Disember 2023.
Penyertaan ini dihasrat bagi mendedahkan para pelajar untuk mempraktikkan Bahasa Arab secara kondusif, disamping memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pandangan mengenai topik-topik yang akan didebatkan dalam pertandingan itu nanti. Pertandingan yang melibatkan penyertaan universiti-universiti di Malaysia dan luar negara ini juga dihasratkan agar dapat membantu para pelajar dalam memperkembangkan kemahiran Bahasa Arab mereka disamping menjadi platform untuk saling bersilaturrahim. Mewakili Universiti Islam Sultan Sharif Ali ke pertandingan tersebut ialah Muhammad Afiq Ahlami bin Ahmad Ilmi, Nur Nawwarah binti Ewardy Irwan, Filzah Afiqah binti Chuchu dan Mardhiah binti Rozalan. Hadir ke Lapangan Terbang Antabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, dan Ketua Program Sarjana Muda di Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Dr Hajah Rafizah binti Haji Abdullah.