PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
PATTANI, THAILAND, Ahad, 17 November 2024M – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Persatuan Alumni UNISSA telah merasmikan penubuhan Persatuan Alumni UNISSA (Thailand Chapter) di salah sebuah hotel di Pattani, Selatan Thailand.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Dr Hajah Lilly Suzana Binti Haji Shamsu, Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISSA. Juga turut hadir bersama rombongan dari Brunei ke Thailand ialah Yang Mulia Dr Norasiah binti Haji Amai, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA dan Yang Mulia Dr Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin, Yang Di-Pertua Persatuan Alumni UNISSA sesi 2023-2025.
Yang Mulia Penolong Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNISSA di dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa syukur dan rasa gembira atas penubuhan persatuan ini, yang merupakan sebuah persatuan alumni institusi pengajian tinggi negara yang pertama mempunyai cawangan luar negara. Seterusnya, beliau juga mengongsikan beberapa kejayaan dan pencapaian terbaharu yang diraih UNISSA di peringkat antarabangsa. Ini termasuklah pengiktirafan dari berbagai agensi luar negara yang semakin bertambah hari demi hari, kebanyakannya menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dalam berbagai bidang. Alumni UNISSA dari Thailand juga tidak ketinggalan menjadi duta yang menyumbang kepada pengiktirafan ini dengan berbakti kepada masyarakat setempat, membimbing dan mendidik komuniti untuk terus mengikuti ajaran Islam yang betul.
Majlis diserikan dengan forum yang terdiri daripada dua orang alumni UNISSA Thailand dan Yang Di-Pertua Persatuan dengan tajuk “Alumni UNISSA: Peneraju Keilmuan dan Kepimpinan untuk generasi akan datang” dan sesi perbincangan round table juga diadakan pada sebelah petang.
Di dalam majlis berkenaan, Dr Nirusdi Mata-A telah dilantik menjadi pengerusi persatuan ini. Setakat ini seramai 50 orang menjadi ahli persatuan ini yang juga merupakan alumni dari pelajar-pelajar Thailand yang pernah belajar sejak awal penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam.
Antara objektif penubuhan persatuan cawangan ini adalah agar menjadi wadah yang dapat mengumpulkan para alumni UNISSA dari seluruh Thailand serta mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain. Ianya juga diharapkan agar dapat meluaskan lagi jaringan antara alumni dan pihak pengurusan UNISSA dalam merencana pelbagai aktiviti pada masa hadapan. Perasmian penubuhan ini membuktikan bahawa UNISSA telah berkembang dan melahirkan alumni yang sama-sama menyumbang untuk mencorak masa depan masyarakat sesuai dengan motonya ‘mencorak khayra ummah’.
Rombongan juga dijadualkan akan melawat ke beberapa buah pusat dan institusi Pendidikan yang diasaskan oleh alumni UNISSA.