PELANCARAN BUKU-BUKU TERBAHARU DAN OPEN JOURNAL SYSTEM, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 1444H/2022M

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

16 Ogos 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berjaya menerbitkan 28 buah buku dalam pelbagai bidang hasil tulisan beberapa orang penulis dilancarkan sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj Ke-12 UNISSA tahun ini. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr) Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan seterusnya berkenan melancarkan Open Journal System (OJS) bagi enam (6) buah jurnal UNISSA.

Sebanyak dua belas (12) buah buku dalam Bahasa Melayu, lapan (8) buah dalam Bahasa Inggeris dan empat (4) buah dalam Bahasa Arab. Di samping itu, sebanyak enam (6) buah jurnal, telah diterbitkan.

Dalam usaha pengantarabangsaan, UNISSA telah melaksanakan beberapa kerjasama dalam penerbitan iaitu penerbitan bersama penerbit universiti luar negara antaranya IIUM Press, Malaysia; UUM Press, Malaysia; USIM Press, Malaysia dan Airlangga University Press, Indonesia. Pada pelancaran tahun ini, empat (4) judul buku yang merupakan terbitan bersama IIUM Press, enam (6) judul buku merupakan terbitan bersama UUM Press, satu (1) judul buku merupakan terbitan bersama USIM Press. Manakala, satu (1) judul buku merupakan terbitan bersama Airlangga University Press, Indonesia.

Buku-buku yang diterbitkan oleh UNISSA Press pada tahun ini meliputi pelbagai bidang antaranya syariah, undang-undang, halal, pendidikan Islam dan pengurusan Islam.

Buku-buku yang menarik perhatian di antaranya:

Buku berjudul “PANDUAN HALAL DAN SEMBELIHAN HAIWAN ABAD KE-19 MASIHI: Kajian dan Suntingan Kitab Qunū‘ liman Ta‘aṭṭafa oleh Syeikh ‘Abbas Kuta Karang al-Āshī ”, buku terbitan bersama UNISSA Press dan USIM Press ini merupakan hasil tulisan Muhammad Mustaqim bin Mohd Zarif, Azme Matali, Mohd Anuar bin Mamat  dan Abdurrahman Raden Aji Haqqi. Kitab Qunū‘ liman Ta‘aṭṭafa (QLT) karangan Syeikh ‘Abbas Kuta Karang adalah sebuah karya unik mengenai panduan halal-haram dan sembelihan di Alam Melayu pada abad ke-19 Masihi. Meskipun berpengaruh pada umat Islam yang berbahasa Melayu ketika itu, kitab yang dihasilkan di Mekkah oleh ulama Aceh yang terkenal ini boleh dianggap sebagai nadir, belum pernah diterbitkan dan hanya wujud dalam bentuk manuskrip pada hari ini. Oleh yang demikian, buku ini dihasilkan khusus untuk memperkenalkan dan mengetengahkan semula karya penting ini dalam khalayak masyarakat. Selain menyunting dan mempersembahkan teks QLT berdasarkan beberapa naskhah manuskrip yang berkenaan, buku ini juga mengandungi kajian mengenai kitab ini dan pengarangnya yang merangkumi aspek sejarah dan ilmu fikah. Teks yang digarap dalam gaya bahasa yang dipermudahkan untuk masyarakat hari ini sesuai dibaca dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami khazanah warisan ilmu Islam karya ulama Alam Melayu silam. 

Buku “BALAI CERAP ASTRONOMI: MENJUNJUNG WAHYU MENGUKUH TAMADUN”, hasil suntingan Ibnor Azli Ibrahim dan Mohd Hafiz Safiai adalah antara buku terbitan bersama UNISSA Press dan UUM Press. Buku ini mengandungi 13 bab berkaitan perkembangan dan peranan balai cerap meliputi topik perbahasan berikut: balai cerap dalam lipatan sejarah Islam; kemunculan balai cerap astrofiqh dan khidmat bakti terhadap Islam; Balai Cerap Al-Biruni: mutiara falak Sabah; Balai Cerap Al-Khawarizmi Negeri Melaka bukti perkembangan ilmu falak di Malaysia; balai cerap astrofiqh sebagai penjana ekonomi; peranan balai cerap moden masa kini; kepelbagaian program di balai cerap: “astronomi untuk semua”; cabaran modal insan dalam balai cerap astronomi di Malaysia; sumbangan balai cerap astronomi amatur dalam memaknai hubungan insan dan angkasa; keperluan kajian topografi rukyat al-hilal dalam pembinaan Observatorium Indonesia; deskripsi historis dan prospektus ilmiah kaleidoskop observatorium Imah Noong Indonesia; and Observatorium Ilmu Falak Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (OIF UMSU) dan kontribusinya dalam penelitian waktu subuh. Buku ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat penyelidik dalam meningkatkan kemajuan ilmu falak, sekali gus menjadi wadah dalam memartabatkan budaya penyelidikan ilmu falak di mata dunia.

STRATEGIC MANAGEMENT PRACTICES: THE ANALYSIS OF SERVICE-BASED MSMES IN BRUNEI DARUSSALAM”, by Chin Han Wuen dan Fahmi Ibrahim aims to address the knowledge gap found in the context of strategic management and micro, small and medium enterprises (MSMEs). In particular, this research book incorporated the statistical analysis to discuss the relationship between strategic human resource management, organizational learning, competitive strategy and the organizational performance of service-based MSMEs in Brunei Darussalam.  Drawing from the key statistical findings and analysis, this research book provides the necessary implications and benefits for practitioners in similar MSMEs environment as well as to provide theoretical contributions to the body of knowledge under strategic management, within the MSMEs context. The book entitled ‘Strategic Management Practices: The Analysis of Service-Based MSMEs in Brunei Darussalam’ is an ideal and valuable resource for undergraduate and graduate courses and for all those with an interest in business strategy, human resource and organizational studies.

Buku “PENGENALAN KEMAHIRAN ABAD 21 DALAM PENDIDIKAN ISLAM”, hasil tulisan Norkhairiah Hashim, memberikan pengenalan tentang Kemahiran Abad 21 sebagai tuntutan di dalam era pendidikan masa kini. Penulis juga memberigakan kepentingan kemahiran abad 21 khususnya dalam Pendidikan Islam. Terdapat tujuh dimensi kemahiran abad 21 yang dihuraikan penulis di dalam buku ini antaranya kemahiran komunikasi, kemahiran kolaborasi, kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan inovasi, kemahiran konstruksi pengetahuan dan kemahiran hidup dan karier. Kepentingan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam disentuh didalam penulisan ini dengan mengaitkan matlamat serta hala tuju pendidikan Islam selaras dengan kehendak falsafah pendidikan Islam. Buku ini juga mengutarakan beberapa teori daripada tokoh-tokoh Islam tentang pengajaran dan pembelajaran dan menghubungkaitkan kerelevenan teori berkenaan terhadap penerapan kemahiran abad 21 dalam pendidikan Islam. Buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan para guru atau pendidik dalam bidang pendidikan Islam mahupun bukan bidang pendidikan Islam. Secara ringkasnya, buku ini juga dimuati dengan beberapa strategi, pendekatan dan kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, buku pengenalan kemahiran abad 21 ini juga mengongsikan pengimplementasian kemahiran abad 21 dalam sistem pendidikan negara abad ke 21 (SPN 21) dan keselarasannya dalam menuju wawasan negara 2035 iaitu ke arah melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran.

Buku ”PERTAUTAN SENILUKIS BRUNEI DARUSSALAM DAN MELAYU ISLAM BERAJA”, hasil tulisan Baharudin Mohd Arus dan Nur Rita Abdul Ranimembincangkan kepentingan seni lukis tempatan yang berfungsi sebagai elemen pendidikan kepada masyarakat terutamanya yang berkaitan dengan mengenali serta memahami dengan mendalam akan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai Rukun Negara Brunei Darussalam. Melalui karya seni yang dihasilkan pelukis tempatan yang terpilih di dalam buku ini berjaya mengungkayahkan bagaimana kaitan konsep Melayu Islam Beraja dicernakan melalui seni visual oleh pelukis pelukis tempatan.

Salah satu  keperluan dalam penerbitan jurnal ilmiah pada masa kini ialah untuk menerbitkannya dalam versi dan format yang dapat dicapai dengan mudah oleh penyelidik dalam bidang jurnal itu. Jurnal bercetak sudah tidak lagi relevan dalam realiti masa kini ketika perkembangan ilmu bergerak dengan pantas. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah melakukan transformasi terhadap penerbitan jurnal ilmiahnya bagi menjadikan universiti ini, jurnal, pengarang dan makalahnya visible, terserlah dan dapat mendorong ke arah peningkatan nilai berimpaknya dengan pelancaran OJS (Open Journal Systems)  dalam penerbitan jurnal di UNISSA.

 Enam buah OJS  UNISSA yang boleh dilayari di laman sesawang https://unissa.edu.bn/journal

 adalah seperti berikut:

AR-RĀ’IQ

AR-RĀ’IQ is an academic refereed journal which is published bianually in June and December by the Centre for Research and Publication, UNISSA. The journal provides a platform for experts in the areas of Islamic Law, Islamic Studies, Linguistics, Islamic Economics and Fianance, Management, Malay Culture and Civilization and other related fields to express their views in relation to those issues.

JOURNAL OF HALAL SCIENCE AND TECHNOLOGY

Journal of Halal Science and Technology (JHST) is an international refereed academic journal focusing on the contemporary issues of halal. It is a double-blind peer reviewed, international academic journal published bi-annually (June and December) by Halalan Thayyiban Research Centre, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) with collaborations with Osaka University (OU).

AL-SHAFI’I | INTERNATIONAL JOURNAL OF ISLAMIC CONTEMPORARY STUDIES

Al-Shafi’i: International Journal of Islamic Contemporary Studies will be an annual scholarly work published by MSRC with the hope that it can be an impetus to further increase research activities among UNISSA academics as an integration of academic responsibility to serve the community towards the development of Islam in Brunei Darussalam.

IJUS | INTERNATIONAL JOURNAL OF UMRANIC STUDIES

International Journal of Umranic Studies (IJUS) (Al-Majallah al-‘Ālamiyyah li al-Dirāsāt al-‘Umrāniyyah) is a blind peer-reviewed journal published biannually, in January and July, by the Faculty of Islamic Development Management, Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA), Negara Brunei Darussalam. IJUS welcomes the multidisciplinary, interdisciplinary and transdisciplinary studies associated with Umranic studies, Islamic History & Civilization and Islamic Development Management, which may range from (but not limited to) Islamic ethics, Islamic economy/banking and finance, Islamic education, religious studies, kalām, Islamic thought and philosophy, geography, literature, sports, architecture, psychology, language, environment, humanities, sociology and anthropology.

IECO | ISLAMIC ECONOMICS JOURNAL

Islamic Economics Journal (iEco) is an international refereed academic journal published annually by the Faculty of Islamic Economics and Finance (UNISSA). This journal aims to publish papers which are most impactful and thought-leading substantive research in the field of Islamic Economics.

JALL | JOURNAL OF ARABIC LINGUISTICS AND LITERATURE

Journal of Arabic Linguistics and Literature (JALL) is an open access and double-blind peer reviewed journal published by the Faculty of Arabic Language, UNISSA, Brunei Darussalam.