DUA PELAJAR FEKIm SERTAI ABLE 2026 SUMMER COURSE SECARA DALAM TALIAN
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan

Indonesia, 1 Julai 2026 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan

Ahad, 28 Jun 2026 – Dua orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm),
Bandar Seri Begawan, 26 Jun –Fakulti Bahasa Arab (FBA) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia.
Rombongan seramai 5 orang ini diketuai oleh Dr Uki Sukiman, Timbalan Dekan, Fakultas Adab dan Ilmu Budaya, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia. Ketibaan rombongan di kampus UNISSA dialu-alukan oleh Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan FBA UNISSA dan Dr Hajah Norhayati binti Haji Abdul Karim, Timbalan Dekan FBA UNISSA.
Lawatan ini diadakan bagi perbincangan akademik, kurikulum dan pengajaran Bahasa Arab dalam usaha perkembangan dan kemajuan bagi kedua-dua buah universiti. Pihak UNISSA melalui FBA sentiasa membuka ruang untuk usaha kerjasama dalam memperkembangkan Bahasa Arab dan terjemahan dalam pelbagai bidang.
