Centre for Leadership and Lifelong Learning

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat akan menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai. Program kali ini merupakan kerjasama di antara UNISSA dengan Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam. 

Program ini akan diadakan pada hari Ahad, 27 Februari 2022M bersamaan 25 Rejab 1443H bermula jam 8.30 hingga 10.00 pagi (1 jam 30 minit) melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Tajuk kuliah bagi sesi ini ialah Perkongsian mengenai keistimewaan Surah 4 Qul yang akan disampaikan oleh Dr Muhammad Zakir bin Husain, Pensyarah di Fakulti Usuluddin, UNISSA.

Adapun tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperolehi ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap akan dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarkat awam.

Orang ramai yang ingin mengikuti Program Khidmat Akademik ini bolehlah melayari link berikut:https://zoom.us/j/99490140451 (passcode: UNISSA).

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 202/204
C4L@unissa.edu.bn

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M. | 1:30P.M. – 4:30P.M.

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Spg 347, Jalan Pasar Gadong
BE 1310 Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 202/204
C4L@unissa.edu.bn

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M. | 1:30P.M. – 4:30P.M.