UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI SERTAI MU’TAMAR BAHASA ARAB ASIA TENGGARA KE-5 (MUBAASAT) DI KEMBOJA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Bahasa Arab telah menyertai Mu’tamar Bahasa Arab Asia Tenggara ke- 5 (MUBAASAT). Mu’tamar ini merupakan anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan         (KUPU SB) dan Cambodia University of Management and Technology, Kemboja. Ianya diadakan di Phnom Penh, Kemboja pada 21 September 2024M.

Mewakili UNISSA ke mu’tamar yang membawa tema Piawaian Pengajaran Bahasa Arab di Asia Tenggara: Antara Harapan dan Aspirasi, dan seterusnya merupakan salah seorang Pembentang Ucaptama pada mu’tamar berkenaan ialah Dekan Fakuti Bahasa Arab, UNISSA, Dr Hajah Rafidah binti Haji Abdullah. Mengiringi beliau 4 orang tenaga akademik dari Fakulti Bahasa Arab, yang juga merupakan pembentang dalam mu’tamar berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya merasmikan mu’tamar berkenaan ialah HE Dr Seng Sokmony, Secretary of State, Higher Representative to Chay Boren Minister of Religion and Cult.

Mu’tamar Bahasa Arab Asia Tenggara (MUBAASAT) merupakan salah satu platform bagi perbincangan dan pertukaran idea dan pandangan mengenai perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam dan Asia Tenggara. Pada MUBAASAT kali ke-5 kali ini, ianya menfokuskan kepada kepentingan membentuk piawaian pengajaran Bahasa Arab yang berkualiti daripada aspek kurikulum, kemahiran guru, penilaian, kaedah pengajaran dan lainnya agar ianya dapat diaplikasikan di institusi-institusi ahli dan seterusnya memberi manfaat kepada semua berkenaan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Mu’tamar juga membincangkan mengenai perkembangan Bahasa Arab khususnya di Asia Tenggara, yang merupakan bukti penerimaan masyarakat kepada bahasa Arab, yang merupakan Bahasa Al-Quran dan Masadir Islam.

Pada mu’tamar berkenaan, seramai 14 pembentang daripada pelbagai negara telah membentangkan dapatan kajian mereka dalam pelbagai isu berkaitan bahasa Arab, antaranya dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Kemboja, Malaysia, Vietnam dan Ukraine.

Rombongan turut menghadiri Mesyuarat Penyelarasan MUBASAAT kali ke-6 bagi tahun 1446H/2005M.

Juga mewakili UNISSA Dr Hajah Norhayati binti Haji Abd Karim, Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Dr Hajah Rafizah binti Haji Abdullah, Dr Norliyana binti Haji Liman, dan Dr Achmad Yani.

Dekan FBA dalam ucaptama beliau dengan tajuk pembentangan “Peranan Fakuti Bahasa Arab Universiti Islam Sultan Sharif Ali dalam memperkembangakan Bahasa Arab di Negara Zikir”.