Centre for the Promotion of Knowledge and Language

CO-CURRICULAR

Kod Kursus
Tajuk Kursus
Jam Kredit
Jam Kontek
PG1112/PG2122
Ko-Kurikulum I dan Ko-Kurikulum II
0/1
2 jam
Metod Pengajaran Teori dan Praktikal
Ketua Unit Ko-kurikulum
No.Bilik
Tel No
E-mel

Dr Hjh Ummi Fa’izah binti Haji Abdul Rahman
NG.05

+673 8664401
faizah.rahman@unissa.edu.bn
Hari & Masa Rabu 1:30-3:30 petang
Kandungan Kursus 1) Pasukan Beruniform
2) Bengkel Kemahiran
3) Sukan
4) Khidmat Masyarakat
Keberhasilan Pengajaran Setelah mahasiswa/i UNISSA mengikuti bengkel/latihan/aktiviti diharapkan agar:

1) Melahirkan graduan yang saleh, berwibawa, marketable dalam apa jua bidang dunia dan akhirat ;
2) Membentuk jati diri yang mantap dan nilai kepimpinan yang progresif dan efisien ;
3) Membentuk sakhsiah mahasiswa/I yang intergrated seimbang dengan pencapaian ilmu dan kerohanian, dalam rangka melaksanakan keperibadian Islam yang luhur.
4) Mengorientasikan mahsiswa/I dengan situasi masyarakatan dan persekitaran yang positif.
5) Melatih para mahasiwa/I dalam aspek perancangan, perlaksanaan dan juga pengetahuan yang berguna untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin generasi akan datang yang cinta kepada negara, bangsa dan agama demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara yang berdaulat ini  
Penilaian Kehadiran, penglibatan dan pencapaian dalam bengkel/latihan/aktiviti yang telah disediakan.  

PASUKAN BERUNIFORM

Penyelaras

Dayang Hajah Amaleena binti Haji Jaruddin (+673 8170722)

Objektif 1) Melahirkan mahsiswa/i yang berdisiplin tinggi, boleh mengikuti perintah, boleh berdikari, sihat dan cergas dari segi minda dan fizikal.
2) Melatih para mahasiswa/i dalam aspek perancangan, perlaksanaan dan juga pengetahuan yang berguna untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin generasi akan datang.
3) Menanamkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara, bangsa dan agama demi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara yang berdaulat ini
Kandungan Kursus Kursus ini menawarkan jenis kemahiran melalui pelajaran dan latihan yang secara umumnya mengandungi teori asas dan aplikasi. Pelajar dan latihan ini disediakan sepenuhnya oleh pihak Pasukan Beruniform yang berkenaan.  Senarai Pasukan Beruniform yang ditawarkan adalah seperti berikut:  

1) Kadet Polis
2) Kadet Tentera
3) Kadet Bomba
4) Pengakap
5) Bulan Sabit Merah
6) Pandu Puteri
Keberhasilan Pelajaran Setelah mengikuti Pasukan Beruniform ini para ahli-ahli Pasukan Beruniform UNISSA dijangka mampu:  

1) Menerangkan teori-teori asas dan aplikasi pelajaran dan latihan yang diikuti.
2) Menggunakan kemahiran yang dipelajari di dalam kehidupan seharian sama ada sebagai pelajar mahu pun setelah tamat pengajian di UNISSA  
Penilaian Kehadiran, penglibatan dan pencapaian dalam aktiviti yang telah disediakan.  

BENGKEL KEMAHIRAN

Penyelaras

Dayang Nor Surilawana binti Haji Sulaiman (+673 8366119)

Objektif 1) Merealisasikan misi UNISSA seabgai sebuah univerisiti bertaraf antarabangsa dengan menyediakan pelbagai program pengajian yang relevan demi melahirkan para graduan yang salih, berwibawa dan berkemahiran.
2) Memperlengkapkan para mahasiswa/I dengan kemahiran-kemahiran yang bermanfaat agar mereka dapat menjadi mahasiswa/I yang serbaboleh, berkeyakinan, berani dan berdaya kreatif serta mampu mempertahankan warisan budaya Islam dan budaya bangsa.
3) Menggilap bakat terpendam di kalangan para mahasiwa/I dan mengetengahkan sebilangan mereka yang berpotensi di mata masyarakat.  
Kandungan Kursus Kursus ini menawarkan sebanyak 15 kemahiran melalui bengkel-bengkel yang disediakan di UNISSA atau di Pusat Pembangunan Belia dan para mahasiwa/I dikehendaki memilih satu bengkel yang berlainan untuk diikuti pada setiap dua semester. Bengkel-bengkel tersebut secara umumnya mengandungi teori asas dan aplikasi – adalah seperti berikut :  
1) Bengkel Hadrah
2) Bengkel Dikir
3) Bengkel Tausyeh
4) Bengkel Khat
5) Bengkel Fotografi
6) Bengkel Tarannum
7) Bengkel Komunikasi / Pengucapan Umum
8) Bengkel Graphic Design
9) Bengkel Videografi
10) Bengkel Kepimpinan Islam
11) Bengkel Hidroponik
12) Bengkel Keusahawanan
13) Bengkel Komputer dan Pengendalian Pejabat
14) Bengkel Pembuatan Kek dan Pastry
15) Bengkel Masakan dan Katering
16) Bengkel Rekaan dan Fesyen

SUKAN

Penyelaras

Ustaz Haji Muhammad Danish Iqbal @ Haji Muhd Dhiyauddin bin Haji Arifin (+673 8762978)

Objektif Merealisasikan misi UNISSA seabgai sebuah univerisiti bertaraf antarabangsa dengan menyediakan pelbagai program pengajian yang relevan demi melahirkan para graduan yang salih, berwibawa dan berkemahiran.Memperlengkapkan para mahasiswa/I dengan kemahiran-kemahiran yang bermanfaat agar mereka dapat menjadi mahasiswa/I yang serbaboleh, berkeyakinan, berani dan berdaya kreatif serta mampu mempertahankan warisan budaya Islam dan budaya bangsa.Menggilap bakat terpendam di kalangan para mahasiwa/I dan mengetengahkan sebilangan mereka yang berpotensi di mata masyarakat.  
Kandungan Kursus Kursus ini menawarkan sebanyak 6 sukan yang diadakan di gelangang sukan di dalam dan luar UNISSA. para mahasiwa/I dikehendaki memilih satu sukan yang berlainan untuk diikuti pada setiap dua semester. Bengkel-sukan tersebut secara umumnya mengandungi teori asas dan aplikasi – sukan –sukan tersebut adalah seperti berikut :   TeakwandoBola SepakMemanahNetballSilatBadminton

KHIDMAT MASYARAKAT

Penyelaras

 Awang Muhammad Fuad bin Matahir (+673 7302086)

Objektif 1) Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai tanggungjawab dan prihatin kepada masyarakat baik di dalam universiti dan di luar universiti
2) Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara  
Kandungan Kursus Khidmat masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar waktu perkuliahan kepada komuniti dan masyarakat luar sekurang-kurangnya 10 jam untuk setiap semester, dengan jumlah 50 jam secara keseluruhan. Tujuannya ialah untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan kewarganegaraan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, di samping untuk menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Antara contoh khidmat masyarakat adalah seperti mengajar al-Quran, melaksanakan dakwah, gotong-royong dan perkhidmatan sukarela.  
Keberhasilan Pengajaran Setelah mahasiswa/i UNISSA mengikuti kursus ini diharapkan agar:
1) Menjadi mahasiwa/i yang lebih memahami realiti kehidupan di luar kampus, berfikiran terbuka, positif dan berdaya saing.
2) Menyedari bahawa mereka sebagai generasi baru yang memikul tanggungjawab sosial.
3) Menjadi mahasiwa/i untuk sedia memberi khidmat kepada masyarakat, terbiasa dengan sikap bantu membantu, tidak camah mata dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.  
Penilaian Penilaian jam KM yang dilaksanakan  akan diambil seperti berikut:  

Kategori A ; 100 %
Cemerlang Mewakili negara sama ada dibawah UNISSA, persatuan dan organisasi
Menganjurkan aktiviti dibawah anjuran UNISSA (initiate)Mengajar al-Quran  

Kategori B ; 80%
Sangat Baik Menjadi fasilitator/mentor aktiviti dibawah anjuran UNISSA
Menganjurkan aktiviti dibawah organisasi lainMengajar / menyampaikan tazkirah  

Kategori C : 60%  
Menjadi fasilitator/mentor aktiviti seperti perkhemahan dibawah NGO lain.
Sebagai sukarelawan umum dibawah UNISSA atau organisasi lain  

Jumlah jam akan dipotong berdasarkan kategori aktiviti yang dilaksanakan sebagai  contoh:  
8 jam KM x Aktiviti Kategori C : 60%
8 x 0.6 : 4.8 jam yang dikira.  

Contact Info

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Simpang 347, Jalan Pasar Gadong,
BE1310, Negara Brunei Darussalam.

Tel: +673 2462000 Ext 160
cpkl@unissa.edu.bn

Working Hours

Monday – Thursday & Saturday
7:45A.M. – 12:15P.M. | 1:30P.M. – 4:30P.M.