
PROGRAM RAMADHAN FOR RAYA DONATION DRIVE
Ahad, 15 Mac 2026 – Persatuan Pelajar Kewangan dan Ekonomi Islam (iFESS), Fakulti Ekonomi dan

Ahad, 15 Mac 2026 – Persatuan Pelajar Kewangan dan Ekonomi Islam (iFESS), Fakulti Ekonomi dan

Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq

Rabu,11 Mac 2026 – Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
24 Ogos 2022 – Dengan matlamat untuk memberikan kefahaman mengenai proses-proses penyelesaian konflik secara aman, dan meningkatkan cara-cara penyelesaian konflik tanpa kekerasan dari peringkat interpersonal, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (C4L) telah mengadakan program webinar secara dalam talian yang Walk Your Talk: Peace & Conflict Resolution (siri pertama).
Kuliah disampaikan oleh Dr Suleiman Mohammed Hussein Boayo, Pemangku Ketua Program Sarjana Muda dan Penolong Profesor, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA. Manakala pelajar Program Sarjana Pengurusan Pembangunan, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Mohammad Bazli Azhar bin Haji Mohd Yussof, selaku moderator.
Program telah dihadiri oleh seramai 50 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, tenaga akademik dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab, bergambar ramai dan bacaan Surah al-‘Asr dan Tasbih Kaffarah.
