
UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMENTERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama
Bandar Seri Begawan, 5 Jun 2023 – Majlis Perasmian Pameran Kaligrafi daripada pihak Research Centre
Isnin, Jun 5 – Acara Mid-Year Conference and Exhibition (MYCE) merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan
ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) akan menawarkan Program Walk Your Talk: Peace and Conflict Resolution secara percuma kepada orang ramai.
Program ini akan diadakan pada hari Rabu, 24 Ogos 2022M bersamaan 26 Muharram 1444H bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Ianya akan disampaikan oleh Dr Suleiman Mohammed Hussein Boayo, Penolong Profesor Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA.
Program ini diadakan bagi memberi kefahaman mengenai proses-proses penyelesaian konflik secara aman, dan meningkatkan cara-cara penyelesaian konflik tanpa kekerasan dari peringkat interpersonal, serta membincangkan sebarang isu yang dihadapi dalam melaksanakan penyelesaian konflik keamanan.
Orang ramai yang ingin mengikuti program ini bolehlah melayari link berikut: https://us06web.zoom.us/j/89115328072 (passcode: UNISSA) atau dengan mengimbas kod berikut:
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA di talian 2462000 sambungan 267 atau menghubungi Noorhizrah binti Mohammad di talian +673 8271823 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn.