UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-39 TAHUN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

KHAMIS, 16 Februari 2022:- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) hari ini telah turut sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 tahun dengan upacara menaikkan bendera negara, bertempat di Kawasan Letak Kereta Zon ‘A’, UNISSA.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Majlis Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 tahun didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan perbarisan lalu terdiri daripada pasukan berunifom UNISSA; kadet tentera, pasukan kadet polis, pasukan kadet bomba, persekutuan Pengakap Kelana 1102 dan Pasukan Bulan Sabit Merah.

Sebelum upacara menaikkan bendera, YM Rektor UNISSA  memeriksa barisan pasukan berunifom UNISSA dan seterusnya menyerahkan bendera kebangsaan kepada Kadet Tentera 91378 Sarjan Kadet Tentera Muhammad Ridhwan Shabri bin Suhaini selaku Ketua Pasukan Perbarisan.

Seterusnya upacara menaikkan bendera diiringi dengan Lagu Kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” oleh warga UNISSA dan ditutup dengan bacaan do’a yang dikepalai oleh 91408 Soldadu kadet TenteraMuhammad Hassanuddin bin Sahirol.

Antara tujuan upacara ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotik dikalangan warga UNISSA agar dapat memupuk rasa cinta kepada tanah air dan menjiwai kesedaran bernegara dalam memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara Brunei Darussalam khususnya sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tulen demi menyahut tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu Menjayakan Wawasan Negara.

Turut hadir sama ialah Penolong-Penolong Rektor, pegawai-pegawai utama, pegawai-pegawai, kakitangan dan Mahasiswa/i UNISSA.