UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMENTERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sinaut, 6 Jun 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) terus berusaha menjalinkan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan khidmat masyarakat bersama institusi pengajian tinggi luar negara.

Perkara itu terbukti setelah termeterainya penandatanganan penyambungan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah diadakan di Kampus UNISSA cawangan Sinaut.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal manakala bagi pihak USIM pula ditandatangani oleh Yang Berbahagia Prof Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.

Sebelum upacara penandatanganan MoU, rombongan terlebih dulu mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh Rektor UNISSA tentang sejarah dan perkembangan UNISSA serta program-program yang ditawarkan sejak penubuhannya pada tahun 2007.

Naib Canselor USIM pula dalam ucapan hormat seterusnya mengucapkan terima kasih kepada pihak UNISSA atas kesudian dalam memberikan sokongan untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang akademik, penyelidikan, pertukaran pelajar dan pelbagai aktiviti antara kedua-dua buah universiti khususnya menerusi kerjasama yang terjalin dalam konsortium i-IQRA.

Dengan termeterainya penyambungan penandatanganan MoU antara UNISSA dan USIM itu adalah merupakan platform ke arah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya yang akan dirancang demi manfaat bersama.

Rombongan USIM juga dibawa melawat ke makmal saintifik Ibnu Sina UNISSA yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi tujuan pembelajaram dan kajian khususnya dalam bidang sains halal dan pertanian.