
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Mengadakan Sesi Dialog & Lawatan Kerja Ke UNISSA
SINAUT, Selasa, 16 Jun 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kampus Sinaut telah

SINAUT, Selasa, 16 Jun 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kampus Sinaut telah

Rabu,10 JUN 2026M — Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Jun 2026. – Tiga pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan
30 Okt 2022, Unit Kolej Kediaman Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA ) telah mengadakan aktiviti riadah dan ukhuwwah ‘ Inter-Local Bonding 3.0: Bintudoh Here We Go! ‘bertempat di Bintudoh Greenspring Resorts, Kg Lamunin.
Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara pelajar tempatan dan antarabangsa Kolej Kediaman UNISSA. Dengan adanya program sedemikian, diharapkan dapat memupuk sifat pemedulian dan “kekitaan” atau sense of belonging di antara satu sama lain di kalangan para pelajar antarabangsa dan pelajar tempatan sepanjang pengajian mereka di Brunei Darussalam.
Di samping itu, program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengamalkan cara hidup aktif dan mengenalkan para pelajar antarabangsa dan tempatan kepada tempat-tempat menarik di negara Brunei Darussalam. Acara turut dimeriahkan dengan senamrobik, pelbagai aktiviti berkumpulan pembangunan kepimpinan dan pelajar turut berpeluang untuk menikmati buah-buahan tempatan.

