UNISSA TERUS KUKUHKAN KEDUDUKAN TERATAS PENERIMA ANUGERAH GIFA 2023 DALAM PENGAJIAN PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Dakar, 14 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm) telah sekali lagi melakar detik yang bersejarah apabila untuk kali keempat telah dianugerahkan “Global Islamic Finance Award (GIFA)” bagi kategori GIFA Market Leadership Award 2023 (Education in Islamic Banking and Finance). Pada tahun ini, acara GIFA kali ke-13 telah diadakan di King Fahd Palace Hotel,Dakar, Senegal yang juga turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Macky Sall, Presiden Republik Senegal.

GIFA yang dianugerahkan oleh Cambridge International Finance Advisor, United Kingdom , merupakan satu anugerah paling berprestij dan dihormati dalam dunia perbankan dan kewangan Islam global. Pada setiap tahun, GIFA telah juga menganugerahkan anugerah perbankan dan kewangan Islam kepada pihak kerajaan, institusi-institusi dan juga individu-individu dari seluruh pelosok dunia diatas sumbangan yang luar biasa serta mampu menunjukkan prestasi cemerlang dalam menyumbang kepada kemapanan bidang perbankan dan kewangan Islam.

Pada kali ini, FEKIm UNISSA telahpun dianugerahkan Global Islamic Finance Award (GIFA) bagi kategori GIFA Market Leadership Award 2023 (Education in Islamic Banking and Finance). Hadir untuk menerima anugerah tersebut ialah Dekan FEKIm UNISSA, Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini dan Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, UNISSA. Anugerah tersesebut telah disampaikan oleh Dr. Humayon Dar, Chairman of Global Islamic Finance Awards sambil disaksikan oleh tetamu kehormat majlis, Tuan Yang Terutama Macky Sall, Presiden Republik Senegal

Penganugerahan GIFA untuk kali keempat ini menjadi satu mercu tanda bagi FEKIm sebagai sebuah fakulti yang menawarkan program pengajian kewangan Islam yang bertaraf antarabangsa. Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan kepada UNISSA khususnya FEKIm yang memainkan peranannya dalam melahirkan graduan yang mampu memacu kearah kemajuan ilmu perkembangan kewangan Islam. Penganugerahan ini juga adalah salah satu langkah signifikan dalam mencapai visi UNISSA ke arah menjadikan UNISSA sebagai hab pengajian Islam di rantau ini.