UNISSA SERTAI KEM KEPIMPINAN PELAKU PEMBANGUNAN ISLAM (K2P210 SIRI KE-4

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 september 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam (K2P2I) Siri Ke-4 selama 3 hari 2 malam bermula pada hari Selasa, 20 September hingga hari Khamis, 22 September 2022 bertempat UNISSA dan Kg Menunggol.

Program anjuran Badan Pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (IDeMS) di bawah pengendalian Ahli Jawatankuasa Tahun 2 ini disertai oleh seramai 49 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 hingga 4 dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam.

Antara objektif program ini adalah untuk melatih para peserta dan Ahli Jawatankuasa agar lebih berdisiplin serta memberikan kesedaran awal betapa pentingnya mempunyai sifat kepimpinan disetiap mahasiswa-mahasiswi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, disamping boleh meningkatkan keyakinan diri justeru melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang boleh dijadikan contoh dengan memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang berkualiti. Dan program ini juga adalah untuk memupuk sifat pemedulian dalam diri peserta serta mengeratkan lagi hubungan siaturrahim sesama mahasiswa-mahasiswi dalam fakulti ini.

Menyedari akan agenda program ini ke arah mentransformasi diri dalam pengurusan dan kepimpinan kepada para peserta dan ahli Jawatankuasa sama ada yang bersifat fizikal namun intervensi rohani juga amat dititikberatkan dan ianya adalah elemen yang amat signifikan untuk dijiwai. Penerapan solat berjemaah Fardhu dan Qiyamul Lail serta tazkirah secara berjadual ke arah menjadikan para peserta sebagai pelaku pembangunan Islam di masa akan datang.

Hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Penutup Program ialah Ustaz Muhammed Sahrin Bin Haji Masri, Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, turut hadir ialah Professor Madya Dr Anis Malik Thoha, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA, Awg Yusup bin Muhammad Ketua Kampong, Kg Menunggol, Hj Md Suazmie bin Haji Zulkifli, Guru Besar Sek. Ren. Nakhoda Abdul Rashid Kg Menunggol dan Awg Mohd Zulhafiz Zariq bin Awg Damit, Wakil Masjid Kg Menunggol.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA