UNISSA RAIKAN SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2022 DAN PERASMIAN GALERI AL-IMTIAZ 

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isnin, 28 Mac 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pagi ini telah meraikan Sambutan Hari Buku Sedunia Peringkat UNISSA tahun 2022. Majlis tersebut telah diadakan di Perpustakaan UNISSA.

Hadir merasmikan sambutan tersebut YM Rektor UNISSA Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Sambutan Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan UNISSA sebagaimana pengisytiharan daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang menetapkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dengan tujuan untuk menggalakkan tabiat membaca, penerbitan dan pemeliharaan hak cipta buku.

Majlis ini dikendalikan melalui Bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

Majlis diteruskan dengan perasmian Galeri Al-Imtiaz Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang disempurnakan oleh Rektor UNISSA.

Galeri ini merupakan sumber inspirasi dan ilham Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Galeri Al-Imtiaz berperanan untuk memelihara, memberiga dan menjulang segala usaha dan sumbangan bakti pelbagai pihak serta memperingati liku-liku UNISSA dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan. Pameran akan dimulakan dari sejarah awal penubuhan UNISSA dan peristiwa-peristiwa yang signifikan dalam usahanya membangun sebagai sebuah universiti Islam yang unggul mengikut hala tuju yang diaspirasikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muízzadien Waddaunlah Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.

Sambutan Hari Buku peringkat UNISSA akan diteruskan selama 4 hari dengan beberapa aktiviti akan dilaksanakan secara virtual dan dibukakan kepada orang ramai. Antara aktiviti bersebut iaitu Bincang-bincang buku yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Penerbitan yang mana akan mengulas buku-buku terbitan UNISSA dan seterusnya bengkel-bengkel penulisan yang akan dikendalikan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

Majlis pagi ini dimeriahkan dengan penyampaian siji penghargaan kepada tenaga akademik dan pelajar yang paling banyak meminjam buku, sijil penghargaan kepada pewakaf-pewakaf buku perpustakaan dan kepada pelajar-pelajar yang aktif di dalam sosial media perpustakaan.

Turut hadir YM Dr Arman bin Haji Asmad, Pemangku Timbalan Rektor, Penolong-Penolong Rektor dan Pegawai-Pegawai Utama UNISSA.