
PELANCARAN SISTEM PERPUSTAKAAN UNISSA E-FIHRIST
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Rabu, 13 September 2023 – Sistem Perpustakaan UNISSA e-FIHRIST telah dilancarkan oleh Yang Mulia Prof
Selasa, 19 September 2023 – Program Kepimpinan Pelaku Pembangunan Islam Siri ke-5 (K2P2I 5.0) bagi mahasiswa-mahasiswi
Selasa, 19 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali terus membuka ruang kepada kolaborasi
Sambutan Hari Buku Sedunia merupakan acara tahunan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sebagaimana pengisytiharan daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang menetapkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia dengan tujuan untuk menggalakkan tabiat membaca, penerbitan dan pemeliharaan hak cipta buku.
Majlis ini dikendalikan melalui Bahagian Perpustakaan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB).Majlis diteruskan dengan perasmian Galeri Al-Imtiaz UNISSA yang disempurnakan oleh Rektor UNISSA.Galeri ini merupakan sumber inspirasi dan ilham Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA. Galeri Al-Imtiaz berperanan untuk memelihara, memberiga dan menjulang segala usaha dan sumbangan bakti pelbagai pihak serta memperingati liku-liku UNISSA dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan. Pameran akan dimulakan dari sejarah awal penubuhan UNISSA dan peristiwa-peristiwa yang signifikan dalam usahanya membangun sebagai sebuah universiti Islam yang unggul mengikut hala tuju yang diaspirasikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.