UNISSA PROMOSI PROGRAM PENGAJIAN USULUDDIN KEPADA MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

2 Mac 2023, Khamis, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia – Dalam usaha menyebarkan promosi pengajian Islam keluar sempadan, Fakulti Usuluddin UNISSA telah mengadakan kunjungan rasmi  ke pejabat Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin menerusi program “Lawatan Mahabbah” dan “Jelajah Silaturrahim Da‘ie Borneo”. Rombongan UNISSA yang terdiri daripada tenaga akademik Fakulti Usuluddin diketuai oleh Yang Mulia Dr Hajah Sri Rahayu@ Nurjanah binti Haji Dollah Dekan Fakulti. Hadir bersama dalam kunjungan tersebut, delegasi Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAGM) yang diketuai oleh Yang Mulia Profseor Dato’ Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti, Presiden WOAG selaku Profesor Akidah di Fakulti Usuluddin UNISSA.

Antara objektif kunjungan rasmi ini adalah dalam rangka mempromosi program pengajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) khususnya Fakulti Usuluddin dan menawarkan peluang pengajian tersebut kepada pelajar-pelajar di negara Bawah Bayu Sabah yang mempunyai latarbelakang bidang pengajian Islam.

MUIS yang juga selaku badan tertinggi Islam di Sabah, menerusi ucapan balas Yang Di Pertua Datuk Seri menyambut baik hasrat daripada pihak UNISSA. Kunjungan rasmi tersebut diakhiri dengan penyerahan cenderahati dan Mushaf UNISSA kepada Yang Di Pertua MUIS Datuk Seri Panglima.