UNISSA METRAI HUBUGAN KERJASAMA DENGAN PT FIN CENTERINDO SATU, INDONESIA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Khamis, 25 April 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali menerima kunjungan daripada PT Fin Centerindo Satu, Indonesia dan seterusnya menjalinkan hubungan kerjasama.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan bagi pihak PT Fin Centerindo Satu, Indonesia ialah Harianto Solichin Commissioner PT Fin Centerindo Satu, Menara Syariah, Indonesia.

Penandatanganan MoU telah disaksikan oleh Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan), UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad, Dr Haji Hambali bin Haji Awang Jaili, Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA, Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA dan The Fei Ming, Managing Director & Chief Investment Officer, Private Equity, PT Yulie Sekuritas Indonesia Tbk.

MoU tersebut antara lain membuka peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kedua-dua pihak khusunya dalam bidang Kewangan Islam.