PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERJASAMA ANTARA BRUNEI DARUSSALAM CENTRAL BANK DAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Pada 18 November 2024 bersamaan dengan 16 Jamadilawal 1446, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Selasa, 19 September 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali terus membuka ruang kepada kolaborasi dalam aspek penyelidikan, penerbitan, mobility staf dan pelajar serta pemerkasaan agenda zakat dan wakaf bersama institusi pengajian luar negara.
Perkara itu terbukti setelah termeterainya penandatangan Memorandum Perjanjian (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Johor dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah diadakan di Bilik Senat, kampus UNISSA, Gadong.
Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, selaku pemangku rektor UNISSA manakala bagi pihak Universiti Teknologi Mara pula ditandatangani oleh Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor.
Dengan termeterainya penandatangan MoA antara UNISSA dan UiTM itu adalah menjadi satu wadah platform ke arah perancangan-perancangan kolaborasi seterusnya yang akan dirancang demi manfaat bersama.
Selepas sahaja penandatangan MoA, majlis juga diteruskan dengan mengadakan mini seminar antarabangsa Filantrofi Islam yang bertemakan “Towards Sustainability of Muslim Philanthropy Fund” yang diwakili oleh 4 orang pembentang dari pihak UiTM dan 4 orang pembentang dari pihak UNISSA dengan harapan penulisan akademik ini akan dimurnikan bagi tujuan penerbitan.