
LIBRARY BOOTCAMP
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
On 12th March 2023 Sunday, Library Bootcamp was organised by UNISSA Library for Nadi Maktabah,
SABTU 17 Disember 2022 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Seramai 16 orang
SABTU, 25 Februari 2023 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan
5 Oktober 2022, PELAJAR dan tenaga akademik Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan 209 universiti di Republik Türkiye akan mendapat lebih banyak peluang untuk pembangunan dan pendedahan berikutan perjanjian yang dimeterai antara universiti dan Kedutaan Republik Türkiye.
Memorandum Persefahaman (MoU), yang ditandatangani oleh Rektor UNISSA Dr Hj Norarfan Hj Zainal dan Duta Besar Republik Türkiye Prof. Dr. Hamit Ersoy, bertujuan untuk memulakan rangka kerja perundangan bagi kerjasama jangka panjang antara institusi pendidikan di kedua-dua negara.
Pihak Kedutaan Turkiye menyasakan akan menyediakan rangka kerja untuk memudahkan dan menggalakkan pertukaran pelajar dan sarjana untuk satu atau dua semester, dengan kredit diiktiraf bersama antara institusi yang mengambil bahagian.
Melalui inisiatif kerjasama institusi seperti program kolabrasi atau pertukaran, diharapkan tenaga akademik dan pelajar kedua-dua negara akan bekerjasama dalam pelbagai bidang akademik daripada seni, linguistik, sejarah, budaya dan seterusnya
Memandangkan MoU berpotensi luas untuk kerjasama dalam hampir mana-mana bidang pengajian dan profesion, projek kerjasama itu boleh menjadi pemangkin untuk aktiviti bersama selanjutnya seperti persidangan, seminar dan pelbagai persembahan kebudayaan oleh warga Türkiye dan Brunei